Rindu “Orang Gila”


Doctor tolong jangan ganggu saya, saya sibuk

“Kamu itu tidak ada empathy. Pasien sedang bercerita tetapi kamu seperti tidak mengambil berat tentang ceritanya itu. Kamu terus menerus bertanya sampai saya yang mendengarnya pun sesak nafas. Bagaimana pasien mahu menjawabnya?” Prof Tuti memberikan komentar sebaik sahaja selesai proses wawancara (tanya-jawab doctor dan pasien).

Prof Tuti seorang Consultant di Psychiatry Department Hospital Hasan Sadikin, Bandung ini. Sudah berpuluh tahun dia menjadi Consultant dan tentunya banyak pengalaman dan tips-tips berguna yang harus digali dari beliau. Beliau seorang yang objektif. Yang benar akan dipujinya tetapi yang salah akan dimarahinya, walaupun dua saat sebelum itu beliau tengah senyum dan ketawa!!! Penilaiannya sangat objektif! Saya suka…(^^,)

“Kamu seperti seorang polis sedang interogasi pesalah!”, sambung beliau lagi…

Ate, dah ayah ngan kakak teman polis. Camne gayenye lagi teman nak buatnyeIts in the blood Prof.”, jawab saya DALAM HATI. Berani lawan Prof? Ai, maleh teman, banyak lagi keghoje lain. Ha ha ha…

Satu yang saya sangat suka dan gembira berada di Departmen ‘Sakit Jiwa’ ini adalah komen-komen dan nasihat-nasihat dari Prof. Beliau sangat suka mengkritik (baca = nasihat) SETIAP perbuatan kami. Katanya dia berbuat begitu kerana ingin kami semua menjadi doctor yang baik. Alhamdulillah, terima kasih Prof..

“Doktor itu sering memberikan ‘justifikasi’ dan ‘asumsi’ yang tidak benar. Pasien mengadu/mengeluh sakit bermakna dia menderita. Tapi kita sering memandang remeh perasaan mereka. Kita selalu mengatakan…

‘Oh, ini bukan sebab penyakit apa-apa, ini cuma stress je.’

Stress itu bukan CUMA!!! Cubalah berikan empathy…”

Ha, kagum kan dengan ilmu, pengalaman dan cara fikir beliau?

Beliau suatu ketika dahulu pernah didiagnosa (dikatakan secara medic) menghidap STROKE, lumpuh badan sebelah kiri dan dimasukkan ke ICU untuk beberapa minggu. Namun dari perwatakan dan penampilan beliau, tidak langsung menunjukkan bahawa dia adalah bekas seorang pesakit Stroke. Jika beliau tidak menceritakan kisahnya itu, saya tidak mungkin dapat menekanya. Kerana dia seorang yang sangat POSITIF!

“Jika saya menganggap Stroke itu suatu beban buat saya, pasti saya akan stress dan tidak dapat melakukan apa-apa dalam kehidupan. Tapi sebaliknya, saya menganggap Stroke itu sebagai suatu liburan (cuti) buat saya untuk istirahat. Saya tidak memikirkan hal-hal yang lain, saya NIKMATI sahaja. Hasilnya, saya bisa sembuh dan masih bisa beraktifitas seperti sekarang!”

 

Belajar dari air

“Hidup ini umpama air. Mengalirlah…

Halangan di sepanjang perjalanan itu biasa, lalui sahaja. Mengalirlah…

Jangan menahan diri, dan jangan juga memaksa diri”

Bahagia, gembira, suka, seronok, ‘happy’ berada 3 minggu di Department “SAKIT JIWA” ni…. Sayang rasanya untuk meninggalkan Department ini.

Sembang (SMS) dengan adik di Malaysia, menceritakan kemungkinan akan merindui ‘orang gila’ di sini, jawab beliau, Ambikla Specialist bahagian tu, manala tau dapat kakak ipar dari situ”

(=_=)’

Jap bayangkan jap….

Hai ayang, abang dah balik ni….”
Eh, abang dah balik?! Abang ada bawak balik Jin yang ayang kirim tadi? Ayang nak gi Mekah lepas Asar ni, ada Boyband Korea nak jumpa ayang kat sana…”

AH, SUDAH????!!!!!!

Published in: on Januari 10, 2012 at 3:03 pm  Comments (8)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2012/01/10/rindu-orang-gila/trackback/

RSS feed for comments on this post.

8 KomenTinggalkan komen

  1. entri ni klaka la.. tapi, perkongsian yang menarik. jzzk.
    tapi macam mane nak bg empati bg orang yang kurang waras ek? kan diorang (some) delusional dan suka bercerita yang bukan2?

    • haaa….thats the trick every doctor should learn!!!
      n Prof Tuti taught us very well!! *happy \(^^,)/

      orang yang kurang waras bercerita atas kapasiti otak mereka yang ada sedikit patologis (gangguan), jadi itu sebenarnya perasaan yang ‘normal’ bagi mereka. kita harus memahami fikiran dan keadaan mereka, kemudian baru kita berikan solusi dan jalan keluar terbaik…bukan menghukum dan menyalahkan mereka.=)

      if we can empathy with them (orang gila), insyaAllah kita boleh empathy pada pasien2 lain (yang bukan sakit jiwa)…(^^,)v

  2. Orang Islam yg mukmin sikapnya sentiasa positif, kerana sentiasa berharap kepada Tuhannya… dpt nikmat itu bagus baginya, dpt musibah juga bagus baginya… sabar dan syukur.
    Nampak simple, tapi kenapa begitu ramai org merana dan tidak bahagia dlm hidup ni?

    Kerana… ‘sangat sedikit manusia yg bersyukur…’ maka bagaimana bisa bahagia? Bersyukurlah! Buang yg negatif, ambil semua yg positif

    p/s: “cinta itu buta” deh.. tak mengenal pun kalau pasien jiwa! y(^_^)”

    • itu teori kak, praktikalnya ramai yang patah hati, kecewa, putus asa dengan rahmat dan nikmat ilahi…tak sabar untuk menunggu dan tak tahan lagi untuk terus berharap…=(

      p/s : amit-amit deh!
      hahaha….=p

      • haha..setuju..realitinya tak sedikit orang yang semakin nipis kebergantungannya terhadap Allah, walaupun dia tahu tentang itu.

        still, manusia punya akal untuk berfikir, hati untuk bersabar. cuma tinggal digunak atau tidak je.:)

  3. nice one senior! *yg terakhir tu xperlu kot~~ =_=

    “Jangan menahan diri, dan jangan juga memaksa diri” –> sbb tu islam ajar konsep wasatiyah~~

    smlm dekat klipad ada doctor cerita kisah lipas dan dinasour. kat sini pun sama konsepnya.. dia kata cuba tgk dinasour..binatang sezaman dgn lipas. tp nape sampai sekarang lipas xpupus tp dinasour yg besar tu da pupus? sbbnya dinasour cuba nak KUASAI SEMUA.

    tapi lipas walaupun kecil dia tahu akan kelebihan dirinya dan berusaha utk survive. tidak terlalu memaksa dan menahan.. =)

    • hehe…maafkan imaginasi liar ku itu, biasalah galavv…=p

      doctor klipad anda sungguh falsafah, ‘kureng’ faham saya dibuatnya. mana tahu lipas dan dinosour sezaman? n mana tahu dinosour nak kuasai semua? jangan-jangan dinosour mangsa keadaan? haha…

      tapi point tentang lipas insyaAllah dimengerti.=)

  4. Thanks for finally writing about >Rindu Orang Gila | Dr.Radzi’s Weblog <Loved it!


Tinggalkan komen