Suatu Ketika…


Detik waktu masa berlalu
Meninggal lari jauh memori
Hati dan tubuh belum memahami
Kenapa dan Mengapa perasaan datang dan pergi

Suatu ketika,
Diri gembira penuh senyuman
Berjalan seorang tetap segak menawan
Tak perlu pujian tak perlu sindiran
Hati berbunga banyak yang difikirkan

Suatu ketika,
Diri suram kelihatan sugul
Dikelilingi kawan-kawan tapi fikiran kosong tak berteman
Gembira diluar, dalam bersedih
Tanpa sebab rasa tersisih

Suatu ketika,
Diri bersemangat berkobar-kobar
Otak ligat fikiran berputar
Mencari idea dan segala cara
Cuba bermanfaat dan menyebarkan gembira
Sedaya upaya jadi orang berguna

Suatu ketika,
Diri insaf dibendung dosa
Mengalirkan airmata merintih layaknya orang gila
Setiap kata melahirkan kemarahan dan kekesalan
Malu tak tertahan pada Tuhan, semua doa penuh rintihan

Suatu ketika,
Kadang baik kadang gembira
Kadang sunyi kadang sengsara

Jalan yang ada didepan mata
Tambah ilmu iman didada
Cari teman penghibur di dunia
Agar tak hanyut di ‘alam ini’, sedih terluka sampai ke mati

Suatu ketika…

Advertisements
Published in: on Mei 20, 2012 at 1:12 pm  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2012/05/20/suatu-ketika/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 KomenTinggalkan komen

  1. nice….u make me immersed in ur words…
    suatu ketika…
    gud luck….hope u’ll find what u’re searching for…

  2. Puitis chui!

  3. sometimes it’s hard to follow your heart
    but tears don’t mean you’re losing, everybody’s bruising
    just be true to who you are…
    (a song)
    ^^,

  4. hanya Jauhari mngenal Manikam.
    hanya orang yang cuba memahami yang dapat memahami.
    kerna kadang-kadang bahasa mudah tidak dimengerti, bahasa yang sukar pulak yang dapat membekas dihati, selamat berjaya semua! \(^^,)/

  5. ni blogger dr fakhrul radzi b. hanafiah ke ?? ^_^


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: