Doa dan Pesan PERNIKAHAN


Baarakallahu laka..

Wa baraka alaika..

Wa jamaa baina kuma fi khair..

Kata orang, minat dan bidang yang sama akan membuatkan seseorang itu rapat sesama mereka. Mungkin itulah sebabnya saya merasakan mereka se’kepala’.

Teman-teman “kepala gila” sewaktu menjadi KP (Ketua Pelajar) di KISAS dulu telah pun (dan bakal) melangsungkan perkahwinan masing-masing.  Yang menariknya, MEREKA beristerikan budak KISAS juga! Haha,tahniah, alhamdulillah~
[Korang cari calon budak KISAS tak ajak-ajak aku pon…Sob3…]

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan.

Dari al-Hasan: Bahawasanya ‘Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Jusysyam. Kemudian datanglah para tamu.

Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (SEMOGA BAHAGIA DAN BANYAK ANAK).”

Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah SAW melarangnya.”

Mereka bertanya: ” Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid”

Dia menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”

Jadi doa kita yang sebaiknya pada pengantin adalah seperti yang diajarkan nabi. Bukan kata-kata lain yang biasa kita ucap dan dengarkan seperti

“Semoga berbahagia di kehidupan baru…”

“Semoga kekal ke anak cucu…”

“Semoga murah rezeki…” dan sebagainya. Bukan kerana ucapan-ucapan itu salah, tetapi lebih kepada substance menyeluruh yang ingin disampaikan dalam ucapan dan doa-doa kita itu.

“Semoga berbahagia di kehidupan baru”, mungkin saja akan ada suatu masa yang mereka tidak bahagia. Mana ada orang yang berbahagia sepanjang masa di kehidupan baru. –melainkan kehidupan barunya itu syurga!

“Semoga kekal ke anak cucu”, mungkin saja mereka kekal di pandangan mata tapi ‘jauuuuuh’ di pandangan hati dan nurani mereka. Anak cucu ramai tak terkira tapi hati mereka tak sebahagia pasangan muda…

“Semoga murah rezeki”, mungkin saja mereka kaya harta melimpah-limpah, tetapi dibebani ketakutan dan kebakhilan. Ditimpa masalah kesihatan atau masalah lain yang tak pernah mereka inginkan!

Dan begitulah seterusnya juga untuk ucapan-ucapan lain…

Pendek kata, ada SISI NEGATIF dalam setiap doa mereka yang mereka LUPA untuk MENDOAKAN!!!

Barakah KEPADA kamu

Barakah KEATAS kamu

DIKUMPULKAN kalian dalam kebaikan

“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buat KEGEMBIRAAN yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa buat KESUSAHAN, KESEDIHAN, ONAK DURI dan CABARAN yang bakal mereka hadapi dari perkahwinan itu! Dan akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam kebaikan…

-Indahnya laut, tak menghapuskan bahayanya ombak-

Subhanallah doa yang diajarkan nabi ini merangkum SEMUA aspek, duniawi dan ukhrawi, realiti dan fantasi! Perkahwinan dan pernikahan adalah bukan semata-mata janji-janji indah yang bakal diterima oleh pasangan melainkan sebuah keindahan dalam pahit manis sebuah pengabdian. Ingatlah wahai diri dan teman-teman, tanggungjawab untuk yang mahu menghuni syurga tidak seringan dan semudah yang kita sangka. Kita harus USAHA, REDHA, SABAR dan SYUKUR dengan segala nikmatnya…

Kepada rakan-rakan sahabat handai, saudara mara yang sudah dan akan melangsungkan pernikahan, inilah pesan ihsan dari teman, semoga ianya menjadi panduan buat teman dan kalian.

SEMOGA DIBERKATI, DILINDUNGI BARAKAH ILAHI!

Amiiiin….

Published in: on Mei 14, 2011 at 10:19 am  Comments (15)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/05/14/doa-dan-pesan-pernikahan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

15 KomenTinggalkan komen

  1. like! article simple tp very nice.

  2. owh, budak kisas juga rupanya.Takpa yang luar sana tu ramai lagi yang menanti.

  3. mimi: musim kahwinla katakan…(@_@)

    siti hawa khairuddin: anda KISAS ke? memain je part sesama KISAS tu, sahabat2 saya tu secara ‘tak sengaja’ je dapat jodoh KISAS….lala~
    (p/s; berkenaan pesanan quran dalam artikel sbelum ini, betul mahu memesan?)

  4. salam aji!jzkk atas perkongsian.I’m so proud of having such a wonderful buddy like u! all those memories in Bumi Waqafan still remained fresh grooming in my mind anyway! keep on writing all these beautiful thoughts and keep on inspiring other people. I do believe that u’ll meet ‘someone’ special one day…hopefully KISASIAN jugak bro! kite wat reunion! tu ha mudzil pun!hahaha

  5. munir muji : salam sahabat! jzkk juga atas komennya!=)
    kenangan di KISAS takkan luput bro, never ever!!!! rindu korang weh!~~
    dapat budak KISAS jugak? haha…tengokla kalau ada peluang pergi KISAS lagi bolehla aku ngorat budak2 form4 form5 KISAS kt sana. lalala~ =p

  6. owh..nak! tapi, macam mana nak kirim fulusnya?

    • Bincang kt email je ek? trima kasih.=)

  7. salam wbt, akhi. nk request cket. hehe. tlg la letak options utk share kt fb, twitter.hehe barakallahufik.

    • ur request are granted!=)

  8. :’) ilmu baru

  9. a good read^^..sy copy few parts hantar kt kwn2 sya..tq.

  10. bea: belajar…belajar.=p
    syah: silakan, silakan…semoga bermanfaat. amiiin.

  11. selama ni salah doa la….. syukran! saya belajar ilmu yg baru hari ni…

  12. Mohon dapat dikongsikan dgn rakan2 sy yang lain yea.. Terima kasih..

  13. Ringkas dan sangat terkesan. Mohon share.
    Barakallah.


Tinggalkan komen