Awek HOT tak suka laki skema bro!!


L.E.L.A.K.I

Anda setuju dengan tajuk di atas? Ya, saya setuju!!!

Dan disebabkan itu, ramai lelaki-lelaki teruna idaman sekarang ini mengabaikan suatu perkara penting. Yelah, ini bakal menentukan imej kejantanan mereka!!! Awek HOT kot!!! Apakah perkara penting tersebut? SOLAT BERJEMAAH. Tiga sebab kenapa lelaki tak solat jemaah…

  1. TAK TAHU
  2. TAHU TAPI TAK MAHU
  3. MAHU TAPI ‘MALU’

TAK TAHU

1. Tak tahu bahawa lelaki berkewajipan untuk solat fardhu secara berjemaah lima kali sehari.

2. Tak tahu bahawa lelaki lebih afdhal solat di Masjid/Musolla berbanding di rumah.

3. Tak tahu bahawa pahala ganjaran solat jemaah SANGAT BANYAK.

4. Tak tahu Masjid/Musolla di mana.

5. Tak tahu bila azan.

6. Tak tahu solat itu apa.

7. Tak tahu dirinya Islam atau bukan. “Aku kena solat ke?”

TAHU TAPI TAK MAHU

1. Tahu lelaki harus menjaga solat berjemaah untuk menampung dosa dan tanggungjawab yang banyak (kecenderungan lelaki masuk neraka yang tinggi), tapi tetap MALAS dan TIDAK MAHU.

2. Tahu hukum hakam dan ganjaran pahala, tapi “tunggu dulu, belum sampai seru”

3. Tahu pahala tak banyak, dosa belambak, tapi YAKIN GILER DAPAT MASUK SYURGA tanpa solat jemaah lima waktu.

4. “Aku banyak kerja dan tiada waktu untuk berjalan ke Masjid/Musolla itu”

5. Tahu masjid dimana, azan pun didengar setiap waktu, tapi LEPAK DULU MAIN GAME dulu.

6. “Chill bro, lambat lagi habis waktu

MAHU TAPI “MALU”

1. Malu di’cop’ lelaki yang menjaga solat lima waktu.

2. Malu di’panggil’ BUDAK BAIK.

3. Malu ditertawakan member-member dan family, dikatakan “buang tebiat, dah nak mampos!

4. Kalau awek-awek HOT tahu habis hilang macho, perempuan modern mana suka LELAKI SKEMA.

5. Malas dan malu mahu berpakaian BAJU MELAYU, KAIN PELIKAT, KOPIAH ke Masjid/Musolla. (Sape suruh??????? Lu nak pakai jeans lusuh ngan baju Superman pon sape nak larang bro? dah itu baju yang lu pakai masa dengar azan, pakai tu jela pergi solat. Takde hal derr…)

6. Mahu tapi takde yang mengajak, malu pergi seorang diri takut dipandang semua yang ada disitu.

 

Bangkitlah wahai lelaki!

Apapun sebab dan alasan lu, gua tak kesah bro…Itu cerita lama….

Asal mulai hari ini, kita cuba jaga solat diawal waktu (berjemaah di Masjid/Musollah confirm awal waktu), dan ajak kawan-kawan kita yang lain dengan apa cara sekali pon. Nak ajak cara macam mana, lu lebih tau member lu bro. gua dah jalankan tanggungjawab gua. Sape suruh lu  baca! Muahahahahahaha~)


BANGKITLAH WAHAI PARA LELAKI MUSLIM!

KITALAH YANG BAKAL MEMIMPIN TAMADUN DAN PERADABAN DUNIA ISLAM AKHIR ZAMAN.

SETIDAK-TIDAKNYA, KITA BERUBAH KERANA KITA MAHU MASUK SYURGA!!!

Published in: on Mei 28, 2011 at 1:25 pm  Comments (12)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2011/05/28/awek-hot-tak-suka-laki-skema-bro/trackback/

RSS feed for comments on this post.

12 KomenTinggalkan komen

  1. tp kn..np laki hot suka pmpn skema? 🙂

  2. *Like this post*

    but no comment psl lelaki terkejar2 pompuan hot..=|

  3. ;)- yeke? tak tau la plak…

    BellaBilla – hehe. perempuan hot kan suka laki skema, so lelaki yg tkejar2 tu adalah lelaki xskema la.=p

  4. vote for laki skema!tp kn..np laki skema suke pmpn hot jek?:)

  5. oh,brani gak bce.haha.
    ape daaaa pk pergi masjid tu skema..g masjid la hot.most wanted.hahaha..

    • TEPAT 100% g masjid (lagi2 5 kali sehari) mmg hot habes. sape yg kata skema tu?

  6. sbg lelaki yg kdg hot kdg skema, aku rasa at the end of the day it doesn’t really matter awek tu hot ke skema..yg pnting pompuan..dan bkn aleesya farhana..hehe

  7. emm..susah nk jmp boys yg g solat kt msjid..
    kalau kat kampus ni, rmia yg pg solat kat msjid, ustaz2 cos pengajian islam yg memang ke msjid stiap hari…then, junior lg rmia, tp bila da jd senior da kurang ke msjid…emmm…

  8. bagus2,teruskan menulis encik radhu…Lepas ni ang kena tulis pasal Lelaki Skema tak suka Aweks Hot pulak…just kidding (“,)
    Oh ya, aku dah gune wordpress…so, leh la ganti link blog ceq tu..=)

  9. bleyh share?

  10. lelaki skema begitu la pojaan hati…

  11. no no. skema pun skemalah. but this is how to take good care of ur heart.

    insyaAllah hati anda kurang pencemaran. 😉


Tinggalkan komen