KISAH SEORANG AYAH


Hidup ayah serba sederhana.

Hiudp ayah bukan seperti orang berada.

Hidup ayah apa adanya.

Namun, Alhamdulillah ayah dikurniakan hati dan akal. Kekuatan jiwa dan ketabahan.

Hati dan Akal.

Kita semua "makhluk genius" kalau kita sedari

Semua orang pasti dikurniakan hati dan akal. Keluarga yang baik bermula dengan kesedaran hati dan kecerdasan akal seorang insan yang bergelar SUAMI.

Suamilah penentu segalanya. Dan kerana itu suami digelar ketua keluarga.

Ayah seorang lelaki yang mempunyai kesedaran hati dan kecerdasan akal seawal pernikahannya dengan ibuku. Walaupun ketika itu umurnya baru mencecah 23 tahun, ayah bertekad untuk berubah dan menjadi seorang ‘ketua’ rumahtangga yang baik.

Ayah bertekad untuk mengenal lebih rapat dan mengambil hati mertuanya….

Dan kini beliau menantu kesayangan keluarga mertuanya.

Ayah bertekad untuk mengurus kewangan dan merancang setiap perbelanjaanya….

Bermula dari sebuah basikal tua, motor, kereta terpakai, kereta sendiri, sehinggalah kini ayah mempunyai asset atas namanya.

Namun yang paling penting,

Ayah bertekad untuk belajar agama….

Alhamdulillah kesedaran hati dan kecerdasan akal membuatkan ayah bertekad untuk itu. Ayah seorang remaja nakal yang kurang mendapat kasih sayang seorang bapa. Bapa kandungnya berkahwin lain, bapa tirinya pula meninggal dunia ketika dia paling memerlukannya. Seorang remaja lelaki tanpa bimbingan seorang bapa adalah seperti layang-layang tanpa tali, mengikut angin yang bertiup. Sebut sahaja ‘projek’ apa, pasti semua mahu dicuba!

Ayah bukan budak baik.

Ayah bukan budak sekolah agama.

Ayah tidak menghiraukan solat dan puasanya.

Ayah lebih suka enjoy dengan rakan-rakannya.

Namun ayah mahu berubah dan berusaha disebabkan dia sudah punya keluarga. Tiada siapa yang menyuruh atau menghalangnya, ia hanyalah natijah dari hati dan akalnya.

Kekuatan jiwa dan ketabahan.

Berubah cuma SUSAH, bukan MUSTAHIL

Berbekalkan kekuatan jiwa dan ketabahannya, ayah bertekad untuk berubah. Sungguh, BERUBAH ITU SUSAH. Namun ayah tidak pernah pasrah.

Ayah mula belajar agama.

Ayah mula pergi ke ceramah-ceramah. (Sesekali membawa ibu bersama)

Ayah mula belajar solat.

Ayah mula bertanggungjawab.

Isterinya yang hanya bertudung selepas pernikahan mula faham dengan perubahannya. Suami berubah, isteri turut mengatur langkah.

Ayah berubah, ibu juga berubah.

Ayah berubah, anak-anak mula terarah.

Ayah berubah, dunia kami jadi cerah.

Alhamdulillah….

Segala-galanya bermula dengan hati dan akal, dan hanya bertahan dengan kekuatan jiwa dan ketabahan.

BERATNYA AMANAH SEORANG AYAH.

Advertisements
Published in: on Jun 14, 2010 at 7:39 am  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://drrazi.wordpress.com/2010/06/14/kisah-seorang-ayah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 KomenTinggalkan komen

  1. sebak…
    biarkan airmata ini mengalir kalau itu perlu..

    awak..semoga jadi suami dan ayah yang baik..
    beratnya amanah seorang suami dan ayah

  2. subhanallah…saya mudah”an bisa menjadi ayah yang bail…

    makasih infonya…

  3. ayah x pernah citer btapa susahnye jd ‘ayah’..ayah x pernah ckp btapa tensionnye jd ‘ayah’..ayah x prnah ckp brape bnyak berabis(utk anak2) utk jd ‘ayah’..ayah mmimpin isteri dgn anak2 dy sbaik-baiknye..org x prnh ckp kt ayah bnda ni,sbb biasela..kite tau ayh mcm mane kn:-)..tp sbnarnye,’..ayh,org syg kt ayah..klu ayh x tumbuk blkg org dulu,cucuk mata pensil kt tapak tgn org dulu,x ‘blasah’ ngan hanger dulu,x hentam ngan pensil box besi dlu,org rase org x jd manusia skang ni..time kasih ayh..klu org ade satu doa yg diberi jaminan seratus peratus dimakbulkn,org akn doa ayh masuk syurga..sbb pngorbanan ayh kt org,mmg org x bleh nk blas..’dn utk mak,x de bnda se AGUNG ucapan time kasih utk mak..’YA ALLAH,SYUKUR KPADAMU,KRANA TELAH MMBERI PELUANG UTK AKU LAHIR UTK MLIHAT DUNIA DRPD DUA ORG INSAN YG HEBAT..’sincerely dedicated to ahmad zubir hj musa n faridah ibrahim..’mak,ayh..adik akn bjaya,dmi mak n ayh..insyallah’

    • semoga jadi anak yang baik untuk mak dan ayah anda..

  4. salam.
    saya sgt kagum dgn entri ni.
    buat lagi ye entri mcm ni.

  5. ayah..emm..diam ayah mengungkap seribu rahsia..saat aku memerlukan seseorang untuk mengadu, ayah ada untukku..alangkah bagusnya andai ibu sedar betapa beruntungnya mendapat suami sepertimu..

  6. sedih baca 😦

    but happy ending, alhamdulillah 🙂

  7. saya sayang abah saya!!

  8. ayah seorg insan yg superb!!! moga aku pun jadi ayah yg superb insyaAllah 🙂

  9. memang menjadi seorang ayah berat, tapi kalau dijalankan ikhlas karena allah tidak terasa berat di pundak, saya sudah menjadi seorang ayah dari 4 orang anak, tiga orang telah lulus sarjana dan telah bekeluarga dengan istri-suami serta anak mereka, telah berumah sendiri. Kini aku tinggal bersama istri tercinta dan anak bungsu yang masih kuliah. Sungguh terasa menjadi seorang ayah, ada kebahagiaan dan kegembiraan yang tidak dimiliki oleh laki laki yang tidak berstatus ayah.Coba rasakan, pasrah kepada Allah, pasti semuanya menjadi mudah, enjoi. Kurang percaya, jalankan hidup anda sebagai seorang ayah,rasakan bedanya kalau anda tidak seorang ayah

  10. hrmm baru baca post ni…
    ayah,abah,abi…

    insan yg punya tempat tersendiri di hatiku, meski serba kekurangan itulah dia org yg byak berjasa pada KITA kan…:)

    jzkk drrazi!

  11. abah!! i love you…
    19 tahun abah besarkan fika tanpa mak..
    alhamdulillah, kesemua kami 5 beradik berjaya..
    thanks abah…
    semoga abah sentiasa bahagia!!

  12. semoga suamiku bisa menjadi ayah yang baik buat anak anakku..makasih ayah dan sumiku engkau sangat berarti buat aku

  13. sgt menyentuh hati;( i love u papa!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: