Semua orang nak berniaga


Sejak dari dulu kala zaman hang tuah masih popular, aku sudah menanam cita-cita dan minat untuk berniaga.

Namun tak tahu caranya, tak tahu nak berniaga berbisnes menjual apa, tak tahu bagaimana menjual produk pada orang.

2015-01-27 20.01.16

Tapi kalini, disebabkan minat untuk travel, berjalan ke seluruh dunia, melihat keindahan alam ciptaan tuhan yang sangat tinggi, maka aku pon join bisnes travel ni.

Travel ke Europe, Germany, Asia, tempat-tempat menarik seluruh dunia, dengan harga BAWAH RM 1000 untuk 5-6 hari, dengan facility five star.

Apa-apa pon, aku gembira dengan apa yang aku buat. Dan berharap orang lain pon suka dengan bisnes travel murah yang aku buat ni. Bismillah, semoga diredhai Allah. Amiiinnn….

Published in: on Januari 28, 2015 at 11:49 am  Tinggalkan Komen  

Bangkitlah! Jadi manusia hebat!


Wahai manusia, makhluk berakal,

Dicipta Tuhan, bukan sia-sia,

Tiada yang bodoh tiada yang bebal,

Asal hidup tidak putus asa!

Fikiran manusia menentukan siapa dirinya,

Sangkaan manusia menentukan takdir Tuhannya!

 

“Aku tiada kelebihan”,

Bukanlah perkataan rendah diri yang harus dikagumi,

Ianya doktrin buruk yang membunuh potensi!

 

Setiap manusia ada uniknya,

Tak percaya cuba tengok Guinnes Book of World Record,

Betapa aneh dan peliknya mereka!

 

“Aku tak mampu berjaya”

“Aku lemah dalam macam-macam perkara”

Adalah ungkapan negatif yang membunuh jiwa,

Merosakkan masyarakat, merosakkan tamadun manusia!

 

Suatu ketika dulu orang Arab dipanggil Jahiliyah,

Kerana kebodohan dan kemunduran ‘sikap’ mereka,

Mereka mungkin hebat berbisnes dan bersyair,

Tapi mereka mundur dan bodoh kerana salah cara fikir!

 

Cara fikir yang berorientasi dunia,

Berebut kekayaan dan keseronokan sementara,

Yang hebat tidak kemana, yang lemah jadi Hamba nan Hina!

 

Cuba lihat zaman majunya mereka,

Setelah dididik Nabi Muhamad hakikat dunia yang sementara,

Tiada lagi dengki menjatuhkan sesama,

Tetapi  bersaing menjadi yang paling bermanfaat buat manusia lainnya!

 

Cuba kenang tokoh-tokoh dahulu,

Nama-nama Arab yang sungguh dihormati,

Contohi sikap dan ilmunya satu-satu,

Ibnu Sina, Al-Farabi, Ar-Razi,  semuanya ilmuan yang sentiasa meneliti!

 

Mencari tahu dan terus mencari tahu,

Meneliti dan terus meneliti,

Menggegarkan dunia dengan pelbagai ilmu dan teori!

 

Mahirkan diri dalam bidang yang kita ceburi,

Jadi orang yang paling hebat dalam bidang kita sendiri,

Tahu dan fokus apa yang akan kita kecapi,

Kejar cita-cita, jadi manusia berprestasi!

 

Kini bukan zaman ikut-ikutan,

Bukan zaman asal-asalan!

 

Zaman sekarang zaman berkontribusi,

Mendidik umat dan diri sendiri!

 

Apa pun bidang, apa pun kecenderungan,

Gilapkan bakat tingkatkan pengetahuan,

Jadi pakar jadi contoh ikutan,

Barulah sesuai dikatakan makhluk hebat ciptaan Tuhan!

 

Wahai insan yang bakal mati,

Jadilah manusia hebat yang berbakti!

Published in: on September 6, 2012 at 12:54 am  Comments (3)  

Ilmu Bersalin untuk Lelaki dan Perempuan (15SX)


Manusia diciptakan lelaki dan perempuan berbeza peranan dan tanggungjawabnya. Saya kerap kali membayangkan bagaimanakah nasib dunia ini jika orang lelaki ‘juga’ dikurniakan rahim dan ‘mampu’ melahirkan anak sendiri.

“Aku dengar kau masuk hospital haritu, ada apa?” tanya Saiful kepada member baiknya Mustakeem.
“Aku beranak anak kelima aku. Sakit siot, macam ci*** sakit dia. Kurang hasam betol.” Jawab Mustakeem dengan muka tidak puas hati.

“Kau kene jahit tak masa beranak haritu?” tanya Mustafa kepada Sulaiman.
“Tak sempat, doctor tu baru nak jahit aku dah terajang dia. Sakit giler kot, pastu suruh aku kangkang pulak, memang kaki aku ni la makan dia!” Sulaiman menunjukkan kakinya yang sebesar batang pokok kelapa.

TEEEETTT!!
Hentikan lamunan! Ngeri!

***

Sungguh, seorang perempuan, wanita, kaum Hawa, memiliki kekuatan yang sangat luar biasa dalam menanggung beban dan derita mengandung dan melahirkan penerus generasi manusia. Mana tidaknya, kita yang melihat sahaja sudah dapat merasa sakitnya, apatah lagi mereka yang memikul bebannya. Bak kata orang tua-tua, berat bahu memandang, berat lagi mata memikul!

Bekerja siang malam di ruangan bersalin di hospital daerah di Sukabumi, Indonesia membuatkan saya lebih memahami dan menghayati erti sebuah pengorbanan dan kasih sayang isteri. Eh? Ok salah, erti sebuah pengorbanan dan kasih sayang IBU. Yelah, ibu, yang melahirkan. Isteri cuma membantu suami dalam proses mencipta kemungkinan. Ok ayat falsafah, tak faham sudah.

Isi penting pertama dalam tulisan merapu pertama kali ini, saya nak kongsi bagaimana proses terjadinya anak. Eh? Bukan, bagaimana proses terjadinya kehamilan dan persalinan. Proses buat anak tak payah bagitau pon takpe, semua orang tau. Proses kehamilan terjadi apabila suami dan isteri bermesra-mesra di waktu isteri sedang subur, iaitu 11 sampai 14 hari lepas hari pertama keluar haid. Sebab masa tu keluar telur yang boleh bersenyawa dengan sperma. Apakah? Entahlah, kalau tak faham takpe, ini untuk yang mahu faham sahaja. Satu lagi tanda telur keluar untuk bersedia disenyawakan dengan sperma adalah suhu tubuh naik. Nanti tanya isteri masing-masing.

Proses kehamilan, a.k.a. mengandung, perlu masa selama 37 sampai 40 minggu untuk dikira cukup bulan. Orang tua-tua kata 9 bulan 10 hari, ce kire berapa minggu. Jadinya 37 minggu 3 hari, ha bolehla. Sebelum dari itu, kalau lahir atau ada tanda-tanda nak lahir ianya premature. Kurang matang bak kata Chef Wan si tukang masak. Sekitar 30 sampai 37 minggu tu janganla gatal nak menghubungkan badan dulu kerana ada penelitian yang mengatakan kandungan airmani yang masuk ke dalam tubuh ibu waktu itu boleh merangsang contraction. Contraction di Indonesia dipanggil Mules. Tak tau kat Malaysia panggil apa. Contraction inilah yang Paling Maha Super SAKIT yang menolak/mendorong/mengeluarkan bayi dari tubuh si ibu. Kalau belum matang lagi dah kena tolak keluar, nanti bayi lahir dengan paru-paru yang tak efisien untuk bernafas nanti siapa susah? Doctor jugak…

Isi penting kedua, proses persalinan. Rahim dalam badan perempuan ade la sebeso tapak tangan. Itu kalau takde bayi kat dalamla, tapi kalau ada bayi, dia boleh membesar seperti perut lelaki-lelaki boroi yang bahagia dengan hidup mereka. Itupun kadang-kadang saiz rahim ibu tak dapat melawan saiz perut boroi orang lelaki yang tak mengandung. Eh? Maap! Pergi gym/exercise/buang lemak, brother. Peace!

Ditarik ke tiga arah berlainan

Otot rahim tak macam otot tempat lain. Dia ada tiga ‘tali’ dan tali ini akan tarik different direction. Itu yang sakit giler kome oiii!!! Fungsi penarikan otot-otot tersebut adalah untuk mengecutkan rahim sekaligus menolak bayi keluar dari pintu keluar ke dunia yang fana ini. Dan proses pengecutan rahim ini bukan sekali kecut bayi akan keluar, tapi berjam-jam! Kecut sikit, tolak bayi ke bawah sikit. Kecut sikit tolak lagi sikit. Untuk perempuan pertama kali hamil boleh jadi sampai 12 jam. Adoyai, kaum Adam takkan tahan punya. Pasti habis diterajang siapa-siapa yang berada di sekitar jika terjadinya contraction itu. “Ha, itu makan dia!” bak kata Zizan Raja Lawak.

Bila bayi dah cukup bawah, maka beliau akan cuba keluar dari pintu doraemon yang sempit. Untuk keluarkan bayi dengan cara yang betul tanpa merobekkan/mengoyakkan pintu tersebut, ini ada bebrapa tips dari bidan di hospital sini. Saya banyak belajar dari mereka, terima kasih!

1. Jangan keluarkan suara. Buat seperti anda sedang ‘membuang’ di dalam tandas. Walaupon ada orang yang suka menyanyi ketika berak. Eh salah. Buang air besar. Walaupun ada orang yang suka menyanyi ketika buang air besar, sewaktu mengeluarkan tahi pasti tak berbunyi. Oops maap lagi sekali. Kata bidan disini, “ Jangan menjerit! Jangan pakai suara. Salah caranya tu. Tahan suara dan DORONG (aka PUSH)”
*Biasanya dalam drama-drama tv mereka mengajar ibu-ibu dan bakal ibu sekalian untuk “Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhh……….. Aaaaaaaaaaaaaaaa….!!!”
TAK MEMBANTU! Trust me, I’m your doctor! Eh? Maap over.

2. Kalau takde contraction jangan meneran. Nanti tenaga habis, bila tenaga habis, bayi tidak dapat ditolak keluar. Dan akan berakhir di meja operasi. Nak ke? (Nak! Tak yah rasa sakit!) Kepada kaum Hawa yang menjawab sebegitu, saya ingin memberitahu, risiko untuk melahirkan dengan cara belah perut anda itu sangat bahaya untuk next persalinan. Untuk anak kedua atau seterusnya, rahim anda boleh koyak ketika contraction sedang berlangsung, dan pendarahan banyak akan berlaku dalam perut. Nak ke? (Sila jawab tak nak ye.Terima kasih atas kerjasama.)

Ada satu lagi perkongsian ilmu yang terakhir nak pesan. Sepanjang berada di ruangan bersalin ini banyak pengalaman yang dapat diperoleh. Salah satunya adalah ibu-ibu muda yang meraung kesakitan kerana itu merupakan proses persalinan anak pertama mereka. Seorang meraung yang lain ikut risau dan nak meraung jugak. Ai jenuh la doctor nak menahan telinga kan. Macam ni, meh saya kasi Tips ‘Menghipnotis Diri Sendiri’ supaya rasa sakit itu dapat berkurang.

Doa
Sebelum masuk ruang bersalin mintak redha suami, mintak doa mak dan ayah dahulu. Doa mereka makbul. Sila ‘percaya dan yakin’ dengan kemakbulan doa mereka. Doa mereka makbul, trust me!

Nafas.
Atur nafas denga baik. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan. Tenangkan fikiran.

Minda.
Kawal minda dengan cara kita tentukan apa yang mahu kita fikirkan waktu itu. Set/tetapkan untuk memikirkan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan rasa bahagia. Jika sakit dan bahagia itu boleh digantikan sebagai bola, ambil bola sakit tendang jauh-jauh, ambil bola bahagia, telan. Ce cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel macam suami anda. Eh? Salah. Handsome dan menenangkan hati macam suami anda. Okla suami anda tak handsome, cuba bayangkan dia cantik dan cun macam anda. (Sorry bro, nak ambik hati diorang je). Cuba bayangkan dia menjadi anak yang soleh, cium tangan anda, peluk anda, sayang anda, insyaAllah bayangan-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan. Atleast kurang sikit la sakitnya. Ce try! Nanti kalau anda senyum-senyum sendiri semasa anda patut sakit dan ditanya oleh suami/mak/nurse kat sebelah anda, anda boleh jawab “Saya terbayang anak saya yang bakal lahir ini sengal macam bapak dia!”

******

AKU BERSAMA SANGKAAN HAMBA-KU TERHADAP-KU. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”Hadith Qudsi riwayat al-Bukhari

Published in: on Ogos 30, 2012 at 7:34 pm  Comments (4)  

Suatu Ketika…


Detik waktu masa berlalu
Meninggal lari jauh memori
Hati dan tubuh belum memahami
Kenapa dan Mengapa perasaan datang dan pergi

Suatu ketika,
Diri gembira penuh senyuman
Berjalan seorang tetap segak menawan
Tak perlu pujian tak perlu sindiran
Hati berbunga banyak yang difikirkan

Suatu ketika,
Diri suram kelihatan sugul
Dikelilingi kawan-kawan tapi fikiran kosong tak berteman
Gembira diluar, dalam bersedih
Tanpa sebab rasa tersisih

Suatu ketika,
Diri bersemangat berkobar-kobar
Otak ligat fikiran berputar
Mencari idea dan segala cara
Cuba bermanfaat dan menyebarkan gembira
Sedaya upaya jadi orang berguna

Suatu ketika,
Diri insaf dibendung dosa
Mengalirkan airmata merintih layaknya orang gila
Setiap kata melahirkan kemarahan dan kekesalan
Malu tak tertahan pada Tuhan, semua doa penuh rintihan

Suatu ketika,
Kadang baik kadang gembira
Kadang sunyi kadang sengsara

Jalan yang ada didepan mata
Tambah ilmu iman didada
Cari teman penghibur di dunia
Agar tak hanyut di ‘alam ini’, sedih terluka sampai ke mati

Suatu ketika…

Published in: on Mei 20, 2012 at 1:12 pm  Comments (5)  

“Sambil Mandi Minum Air”


Kata orang tua-tua, “sambil menyelam minum air”. Pepatah ini bermaksud sambil melakukan sesuatu pekerjaan, lakukan juga pekerjaan lain dalam masa yang sama. Tapi tajuk post kali ini adalah “sambil mandi minum air”, maaf orang tua-tua kerana telah menukar kata pepatah lama. Hehe…

Berbalik pada tajuk, waktu saya di Sydney beberapa hari yang lalu kami boleh minum air sambil mandi sebab air disana dah memang bersih. Kata kawan saya, di Jepun juga begitu. Wah, kalau air paip di Indonesia ataupun Malaysia yang diminum tanpa dimasak terlebih dahulu memang masuk sepital la nampak gayanya!! Peace! =p

“Kenapa pergi Sydney?”
“Macam mana boleh dapat pergi?”
“Semua perbelanjaan ditanggung ke?”
“Tak aci la macam ini korang dapat pergi jalan-jalan Australia!!!”
“Korang enjoy pakai duit rakyat!!!” 

Ok sebelum semua pertanyaan dijawab, marilah kita sama-sama berbaik sangka dan tidak berfikiran negatif. Sungguh, bersangka buruk itu kebanyakannya akan membawa kepada dosa.

Alhamdulillah kami, Majlis Tertinggi dan Exco-Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) telah dipilih oleh Allah sekaligus diberi peluang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke negara orang, Australia. Jujurnya, ini negara kedua setelah Indonesia yang pernah saya pergi. Allah mengizinkan saya untuk merantau dan belajar tentang manusia dan bumi ciptaan Tuhan di tempat lain. Berjalanlah di bumi ini dan anda akan dapat banyak pengalaman!

Perjalanan ke sana adalah dalam rangka Program Kepimpinan Pelajar. Di sana dikumpulkan pelajar Malaysia dari tiga buah negara, yakni yang belajar di Australia, Malaysia, dan Indonesia. Kebetulan kami wakil dari Indonesia dan terus terang saya katakan, pertemuan ini sangat bermanfaat! Pemimpin-pemimpin pelajar dari tiga tempat ini berkongsi pendapat dan memberikan idea tentang tempat masing-masing dan isu-isu berat dalam negara. Dalam majoriti mahasiswa sibuk ber’facebook’ dan berfoya-foya di luar sana, ada juga sebilangan mahasiswa yang peduli tentang dunia sekitarnya yang amat bersungguh-sungguh berusaha untuk kepentingan dunia masa akan datang. Berusaha untuk kebaikan dan keharmonian masa depan.

Sambil menyelam minum air

Di sela-sela masa berada di Australia, jalan-jalan cari makan dan cari pengalaman sangat amat menyeronokkan! (exaggerate, hehe.=p)
Melihat pemandangan yang indah, budaya dan sikap orang-orang tempatan, cuaca, macam-macam lagi. Banyak yang perlu kita belajar dari orang lain. Banyak yang perlu kita belajar tentang budaya dan sikap orang lain. Banyak yang perlu kita belajar dari setiap keunikan ciptaan Tuhan di bumi ini. Alhamdulillah, bersyukurlah kita masih waras untuk berfikir dan mengambil manfaat dari setiap yang kita lalui. Selebihnya, biar gambar-gambar yang bercerita. (nak letak di FB/blog banyak-banyak takut orang kata kami enjoy lebih dari berprogram, huhu..)

“First Time”

“Sambil mandi minum air”

p/s : Ini post pertama kali yang tidak ditulis di Microsoft Word dulu. Tulisan yang terus ditaip dan dipost. Jadi maaf kalau ada kesalahan tatabahasa, hehe.. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan saya kongsikan lagi gambar-gambar di Sydney buat jadi motivasi rakan-rakan semua untuk merantau ke luar negara! (^^,)v

Published in: on Mei 17, 2012 at 5:18 pm  Tinggalkan Komen  

Sebuah Kisah di Emergency


Enam hari berlalu dari hari pertama menjejakkan kaki ke Kota Garut. Sebuah kota kecil di Jawa Barat yang terkenal dengan ‘macam-macam’ tempat untuk dilawat. Baik yang haram mahupun yang halal dilawati. Kata orang-orang disini, orang luar suka bertandang dan bercuti di sini.

Hari ini aku tinggal berdua. Empat rakan sejawat yang lain pulang ke Bandung kerana masing-masing mempunyai tugas dan perkara yang harus diselesaikan. Dan pukul 4 petang, aku harus lapor jaga (oncall a.k.a. standby) di Ruang Emergency sampai esok pagi.

 

Bismillah…

Langkah dimulakan dengan penuh hati-hati dan semangat membara. Almaklum, ini hari pertama aku jaga setelah lulus semua peperiksaan dan secara tidak rasminya menjadi doctor tidak bertauliah yang bekerja sendiri. (Sendiri dalam erti kata diberikan kebebasan untuk bertindak sendiri tanpa arahan dan suruhan dari senior doctor semata-mata). Sangat teruja. Namun takut dan risau juga melanda, dek kerana ilmu dan pengalaman yang dirasakan masih cukup sedikit di dalam dada.

“Punten Dok, saya doctor magang yang akan jaga malam ini Dok.”
Doktor umum yang bertanggungjawab pada petang itu ‘menyambut’ dengan kurang mesra pada mulanya. Tetapi aku berfikiran positif dan bersangka baik dia hanya tidak senyum kerana dia mungkin malu untuk senyum dengan lelaki bukan muhrim. Jadi biarkanlah ‘sesi perkenalan’ itu sampai situ sahaja. Aku mula menyibukkan diri.

Seorang pesakit datang ke Emergency dengan keluhan sesak nafas dan batuk. Aku segera mendatangi pesakit tersebut dan mula bertanya-tanya tentang penyakitnya. Pemeriksaan dilakukan satu demi satu. Tiba-tiba doctor yang bertugas tadi datang dan mengambil status (medical record) patient tersebut lalu meneruskan pertanyaan kepada keluarga pesakit.

Aku bersangka baik.

Mungkin dia mahu menguruskan pesakit ini. Baiklah, aku mengalah dan menyerahkan pesakit ini kepadanya. Dia yang menulis dari awal sampai habis. Dari anamnesis sampai ke pengubatan dan penatalakasanaan pesakit.

COPD

“Diagnosa pasien tadi apa ya Dok?”, aku menegur mencuba berbaik dengan doctor yang bertugas.

“COPD”, jawabnya ringkas.
“Tapi dia ada gejala (symptom)penyakit  jantung Dok. Mungkin juga gejala Heart Failure”,tambahku lagi.

“Iya”, sambil matanya tetap memandang ke bawah menulis di medical record pesakit tadi.

Mungkin doctor ini tidak suka aku banyak bertanya dan memberikan pandangan. Pesakit selepas ini biar aku yang uruskan sendiri dari awal sampai habis, sampai penentuan diagnosis dan pemberian ubat. Aku berazam untuk menguji kemahiran berfikir dan penentuan diagnosis diriku sendiri. Aku harus mampu bertindak sebagai doctor yang cerdas, bertindak dengan benar dan professional.

Pesakit seterusnya datang dengan keluhan sesak juga. Tapi kali ini kanak-kanak perempuan kecil berumur 10 tahun. Setelah ditanya-tanya dan dilakukan pemeriksaan, minda kecilku mengatakan ini adalah pesakit Asthma. Tekanan darah dan nadi diperiksa. Belum sempat aku menulis di status a.k.a. medical record pesakit tersebut, datang doctor perempuan tadi dan mengambil alih segala apa yang telah aku lakukan. Diulangnya semula sekali lagi apa yang telah aku lakukan, ditanya-tanya dan dilakukakan pemeriksaan pada pesakit itu. Aku mula merasa tidak selesa dengan tindakan doctor itu.

Apa yang cuba dia buktikan? Yang aku tidak kompeten menjadi seorang doctor?  Yang aku tidak layak menjadi junior nya melakukan tindakan medis pada pesakit? Bahawa segala yang aku lakukan tidak boleh dipercayai? Atau dia mahu menjadi satu-satunya doctor yang bertugas di mala mini?

Di ruang Emergency ada tiga bahagian besar, pesakit yang datang terbahagi kepada pesakit Internal, Paediatrics, dan Surgical. Apakah mampu dia mahu menguruskan semuanya? Kenapa tamak sangat? Hmm….

Perasaan malas dan tidak selesa mula timbul, aku duduk berehat di kerusi tempat pelajar Koas (pelajar medicine yang sedang practical). Mereka berenam. Dua di bahagian Internal, dua Paediatrics, dan dua lagi di Surgical. Aku berkenalan dan berbicara rancak dengan mereka selayaknya orang Indonesia. Jika tidak mengaku orang Malaysia, pasti mereka tidak tahu aku asal dari Malaysia.

Alhamdulillah enam tahun disini aku mampu berbicara bahasa Indonesia dengan baik dan memahami Bahasa Sunda (bahasa daerah) seadanya. Datang pesakit ketiga, aku cuba lagi untuk menagananinya. Doctor tadi kelihatan sibuk dengan pesakit-pesakit lain yang memang sudah ada lama di Emergency sejak pagi. Tiba-tiba doctor itu masuk ke ruang berehat pelajar-pelajar tadi, dan memarahi mereka.

“Kalian kenapa di sini? Kan ada pasien diluar tu?”

Maafkan aku ya Allah jika aku bersangka buruk, tetapi aku merasakan doctor itu tidak mahu aku menguruskan pesakit yang datang sebaliknya memaksa pelajar-pelajarnya menggantikan aku mengurus pesakit. Astaghfirullah…

Mujur pukul 9 doktor itu selesai tugas dan diganti dengan doctor yang lain. Datang seorang doctor lelaki yang berbadan sedikit gempal menghampiriku.

“Kamu magang bagian apa? Udah masuk bagian Interna belum?”, sapa beliau sungguh mesra.
“Belum Dok, ini magang yang pertama. Magang anak. Magang Interna nanti di Sukabumi.” Jawabku dengan senyuman juga.

“Oh begitu. Baiklah, kalau ada pasien, kamu ambil aja yah? Kalau ada apa-apa baru kasitau ke saya. Boleh kan?”

‘Tigaratusenampuluhdarjah’ perbezaan beliau dengan doctor tadi. Alhamdulillah, ini adalah kesempatan untuk aku dapat banyak belajar malam ini InsyaAlah.

Pesakit-pesakit yang datang dapat aku uruskan dari awal sampai ke pengubatan. Dr Krishna sangat membantuku dalam proses aku menambah pengalaman dan ilmu perubatan. Pengalamannya dikongsi bersama dengan penuh semangat. Seronok mendengar cerita dan tunjuk ajar beliau.

“Besok kamu jangan pulang awal ya? Tolong saya sampai jam 7 ya?”, pesan beliau mengingat banyak pelajar Koas yang kabur (=cabut lari hilang tanpa dengar khabar berita) setelah pukul 2-3 pagi.

“InsyaAllah…”

Setelah selesai solat Subuh, tiba-tiba seorang nurse datang kepadaku dan memberitahu bahawa ada seorang pesakit yang tiba-tiba tidak bernafas.

“Dimana Teh?”
(*Teh adalah panggilan untuk perempuan yang lebih tua)
“Disana Dok”

Disebelah pesakit sudah ada perawat yang cuba memberikan bantuan pernafasan. Setibanya aku disebelahnya, beliau meminta aku memberikan bantuan kompresi dada a.k.a. CPR. Pesakit sudah tidak mempunyai nadi carotid sebelum aku datang lagi. Dan percubaanku untuk memberikan gerak jantung dan nafas spontan gagal buat pertama kali.

“Coba diperiksa aja Dok”, kata perawat yang berada di sebelahku.

Aku cuba menenangkan diri di tengah-tengah kerumunan keluarga dan pesakit lain yang sedang melihat. Cuba berfikir dan membuat keputusan yang paling benar. Jika aku melakukan pemeriksaan sekarang, dan ternyata tidak ada tanda-tanda masih hidup, pasti perawat di sebelahku akan terus memberitahu kepada keluarga pesakit sudah mati. Tidak boleh jadi, aku tidak boleh terburu-buru, siapa tahu masih boleh diselamatkan. CPR ku teruskan lagi untuk beberapa kali.

Namun setelah itu aku melakukan pemeriksaan, tidak ada perubahan dan tanda-tanda perbaikan pada pesakit. Dengan berat hati, aku harus menyatakan bahawa pesakit itu telah tidak ada lagi.

Allahu allah… Hanya Allah yang tahu betapa beratnya beban dan tekanan yang aku tanggung waktu itu untuk memberitahu kepada keluarga pesakit. Tidak pernah aku menanggung beban tanggungjawab seberat ini…

Aku harus membuat keputusan dan menyatakan pengesahan kematian.

Aku harus menulis surat pengesahan kematian.

Aku harus menjadi doctor yang menurunkan tandatangan tanda pengesahan kematian.

Astaghfirullah…

Tergamam dan terkedu. Aku mengadu pada mak dan ayahku. Ayah seperti biasa menenangkanku dengan kata-kata motivasi dan nasihat pengalaman-pengalamannya. Mak tetap memujuk mesra anak lelakinya yang satu ini.

“Jangan bersedih, bukan kau yang pegang nyawa manusia!”, kata-kata dan pesan mak yang sungguh membuat airmataku mengalir…

INNALILLAHI WAIINNA ILAIHI RAJI’UN
Tiada apa yang mampu aku ungkapkan selain bertasbih mengingat kebesaran Allah SWT, dan berdoa sebanyak-banyaknya agar aku menjadi doctor yang baik dan cemerlang.

“YA ALLAH, FAQQIHKANLAH AKU DALAM BIDANG PERUBATAN, BiMBING DAN PERBAIKILAH SEGALA URUSAN DAN TINDAKANKU. AMIIN YA RABBAL ‘ALAMIN”

Published in: on April 28, 2012 at 4:38 pm  Comments (4)  

I’M twentySIX …AND I KNOW IT! (^^,)


“Happy Birthday!”
“Selamat Hari Lahir!”
“Selamat Hari jadi!”

“Selamat Ulangtahun Kelahiran!”
“Met Ultah!”
“HB!”

Berbagai ucapan diberikan sempena birthday saya yang ke 26 kali ini. Ya, 26. Nak kena ulang lagi? Dua puluh enam. So what?! (Tetiba emo plak, hahaha, kidding2~)

"So Sweet..." --- dari budak-budak Laman Pria Idaman

Alhamdulillah, diberikan umur sampai ke hari ini, selama 26 tahun hidup menumpang di bumi tuhan. Syukur Alhamdulillah. Telah banyak dosa dan kesilapan yang dilakukan sepanjang hidup ini, tetapi Allah tetap bagi peluang dan kesempatan untuk bernafas, sehat, handsome, macho dan masih bergaya lagi, Alhamdulillah….Huhu.=p

Ada orang yang terlalu menunggu-nunggu ‘sambutan hari kelahiran’ mereka. Bila sampai masanya, dan orang lain tidak menyambutnya a.k.a. terlupa atau tidak mengucapkan “Happy Birthday” kepada mereka, mereka mula merasa sedih dan tidak dipedulikan…

“Orang tak sayang aku…”
“Orang tak ingat kat aku…”
“Orang takde yang peduli dengan aku..”

“I’m a loner in this world, nobody loves me..”

Tetapi ada juga jenis yang tidak menghiraukan ‘hari kelahiran’ mereka ini. Sampai terlupa bahawa itu adalah hari dimana mereka mula lahir ke dunia. Dan lebih parah dari itu, tidak menghargai orang yang mengingati/memberi ucapan selamat kepada mereka.

Diantara keduanya, terdapat satu ‘norma manusiawi’ yang ingin saya bincangkan disini.

PERTAMA, kepada golongan yang sudah terbiasa menyambut birthday dan merasa kehilangan yang amat sangat jika birthday tidak disambut pada setiap tahun. Sebagai orang Islam, Allah telah menetapkan dua hari gembira untuk kita. Hari untuk kita merasa bahagia, bersuka-suka, hari untuk kita menyambutnya dengan sebaik-baiknya… Itulah Hari Raya.

Cukuplah dua hari itu untuk kita sambut semahunya, janganlah bersedih jika ‘birthday’ kita tak dihargai dan diingati oleh rakan-rakan dan keluarga. Kenapa perlu sedih dan ‘memandang serius’ perkara yang ‘biasa-biasa’? Birthday itu hanyalah hari ‘biasa-biasa’, sedangkan banyak perkara lagi yang perlu kita sedihkan… Banyak perkara lagi yang harus kita fikirkan…

Masuk syurgakah kita?

Diampunkankah dosa-dosa kita?

Mati bagaimanakah kita nantinya?

Apakah amal lebih banyak dari dosa?

KEDUA, kepada golongan yang tidak mahu dan tidak pernah ambil kisah tentang hari lahirnya lantas mengasingkan dirinya dari dunia. Ya, menyambut birthday tidak pernah diajarkan oleh nabi, para sahabat yang diredhai Allah, para pengikut sahabat, salafus soleh…

Tetapi nabi mengajarkan kita tentang akhlak bergaul dengan manusia. Apalah salahnya berterima kasih dan apalah salahnya membalas dengan senyuman dan kata-kata yang baik? Manusia makhluk sosial, dan manusia sentiasa memerlukan jamaah (atau : persatuan, public relation, networking) dalam menjalani hidup di bumi tuhan ini. Berfikir, dan bersikap adillah.

Terima kasih tak terhingga atas ucapan, smiley, post di Facebook berkenaan “selamat hari lahir” yang diberikan pada saya semalamm. Sebagai tanda hormat dan sayang saya kepada semua yang memberi ucapan, telah saya balas dengan ungkapan terima kasih dari hati yang dalam berserta senyuman hangat kepada setiap mereka (a.k.a. smiley). Itu tanda saya menghargai dan gembira dengan perhatian kawan-kawan sekalian. Terima kasih sekali lagi. (^^,)

Tetapi saya lebih menghargai orang yang MENYAMBUNG ucapan-ucapan mereka dengan DOA. Walaupun pendek, saya sangat-sangat terkesan. Dan sebenarnya, itulah ‘hadiah’ yang saya tunggu untuk dapat (jika ada yang mahu memberi) ketika birthday saya. Kata-kata ucapan itu biasa, tetapi yang luar biasa adalah kata-kata doa selepasnya.

“Happy birthday….Semoga….

“Selamat hari lahir….Semoga…

“Met Ultah….Semoga…

Segala ‘semoga-semoga’ selepas dari ucapan selamat itulah yang PALING BERMAKNA DAN BERHARGA buat saya. Dan mungkin saran saya kepada kita semua, perbanyakkanlah doa dalam ‘ucapan-ucapan selamat’ kita. Ianya memberi seribu makna buat si pemberi ucap dan penerima. =)

Sesungguhnya masyarakat dan minda manusia-manusia di zaman lampau sangat hebat dek kerana terdidik dan dibiasakan dengan sikap saling mendoakan antara satu sama lain. Dengan ucapan SALAM. Bayangkan sahaja, “Assalamualaikum” diterjemahkan ke dalam bahasa yang kita faham, dan disuruh untuk kita mengucapkannya pada orang yang kita kenal mahupun tidak kenal, setiap kali kita bertemu!

BERSEDERHANA, DAN DOAKAN ORANG LAIN SEPANJANG MASA!

I’M twentySIX…AND I KNOW IT! So what?? Hehehe~ Peace! (^^,)v

P/s : Kata-kata dan ungkapan doa yang terbaik adalah dari adik. Dan yang kedua terbaik adalah dari ayah. Menitis airmata baca. Huhu…. Dan kedua mereka merupakan yang terawal menghantar SMS malam1 Feburuary. Love your family!=)

Published in: on Februari 2, 2012 at 5:28 am  Comments (4)  

Cara Fikir : ADIL DAN BIJAKSANA


Baru-baru ini ada suatu berita yang sangat menyesakkan kepala otak. Sesak bukan kerana asthma, mahupun hemorrhage dan ischemic stroke, tetapi sesak kerana sempitnya cara fikir “Warga Millenium 2012″ ini…

Sepatutnya kita semakin maju ke depan dengan teknologi dan ilmu yang makin luas. Sepatutnya kita makin cerah memandang langit informasi dan pintar memilih mana hujan batu mana pelangi. Sepatutnya kita tidak seperti warga masa lalu yang terbantut cara fikir kerana kurangnya sumber ilmu. Itupun ada diantara mereka yang ‘maju’ dan ‘cerdas’ dalam berilmu. Kenapakah agaknya banyak diantara kita masih lembab dan kaku?

 

Timba Ilmu

Kita didedahkan dengan pelbagai kemudahan dalam mencari ilmu. Ilmu Allah itu luas, dan Allah tak melarang kita mengambil dari pelbagai cabang ilmu. Para tokoh Islam zaman dahulu pun ‘tamak’ akan bermacam-macam cabang ilmu. Mereka pakar dalam banyak bidang, dan wawasan mereka sangat luas.

Namun, sayang seribu kali sayang, kita lebih memilih untuk berfikiran sempit dan tertutup. Kita pilih bulu dalam mencari ilmu. Kita pilih cikgu. Cikgu yang tak sebulu, kita ‘set’kan dalam kepala otak bahawa “kau bukan cikgu aku, jadi kau musuhku!”. Itulah yang banyak terjadi. Bangsa manusia yang kononnya maju dan bertamadun, masih tidak boleh berfikir dengan waras dan adil.

Perang Ustaz

Kepada yang tidak tahu, belum tahu, atau malas nak ambil tahu, biar saya beritahu… Ustaz Azhar Idrus (yang saya sayangi dan hormati) telah membuat kenyataan yang terrakam di youtube bahawa ulama muda Umno atau nama lainnya ILMU, mendapat bayaran RM15000 per bulan oleh UMNO. Beliau juga mengatakan UMNO itu sekular dan sekular masuk neraka.

Jadi timbullah isu (oleh penyokong-penyokong defensive ulama muda Umno), bahawa Ustaz Azhar Idrus telah memfitnah dan seolah-olah melakukan takfir (mengkafirkan orang). Maka mereka menunjukkan bukti video youtube yang jelas membuktikan ustaz Azhar menyebut perkara tersebut.

Penyokong-penyokong Ustaz Azhar pula bangkit mempertahankan ‘tindakan salah’ itu dengan mengalihkan isu. Kata mereka, itu video lama dan sengaja dibangkitkan untuk menjatuhkan Ustaz Azhar. Kata mereka lagi, ulama muda Umno yang salah kerana memulakan ‘pergaduhan’ ini. Ulama muda Umno lebih keji kerana mereka menghina Ustaz Azhar Idrus dengan mengata beliau macam-macam.

Kepada yang tidak tahu juga, sebelumnya, Ustaz Azhar Idrus dikecam hebat oleh ‘ulama muda Umno’ (maaf saya tidak ada dalil/bukti untuk membenarkan sumber ini jadi saya letak ‘…’ pada perkataan diatas agar tidak menjadi fitnah jika ianya salah) dengan kecaman yang sangat buruk dan keji. Beliau dikritik dari segi peribadi. Siapa pun yang melakukannya, saya tidak bersetuju dan berdoa semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka.

Ni mungkin kerja 'penyokong defensive' ulama muda Umno/ILMU

Isu Utama

Bukan isu siapa mula dulu dan siapa yang ‘lebih berat salahnya’, tapi isunya sekarang adalah cara kita menanggapi dan membuat keputusan dari masalah ini. Bagaimana cara kita seorang mad’u, dalam menghadapi masalah yang dihadapi oleh para dai’e yang kita sayangi ini? Apakah kita berpihak pada satu dai’e, dan menyerang yang satu lagi? Atau apakah kita sayang sanjungi satu dai’e, dan membenci sumpah seranah pihak yang satu lagi?

Sedarkah kita bahawa mereka adalah dai’e?  Yang menyampaikan ilmu agama kepada umat manusia?

Siapa kita untuk MENGHUKUM mereka? Siapa kita untuk MEMBENCI mereka? Siapa kita untuk menentukan soleh atau tidaknya mereka? Siapa kita untuk mencerca mereka, apatah lagi menghina dan MENTERTAWAKAN kesalahan mereka?

Jangan kerana SATU salah mereka, kita lupa segala kebaikan mereka…

Buat penyokong taksub/‘ultras’ Ustaz Azhar Idrus, beliau seorang manusia biasa dan tidak maksum.  Ulama muda Umno/ILMU mungkin tidak sefaham dengannya, tapi mereka bukan musuh kita. Kalaupun mereka saling menghina, itu bukan ikutan kita. Yang salah tetap dikatakan salah, walaupun dia guru kita. Jangan kerana dia guru kita, dia berkata kasar kita pon nak ikut sama. Benda yang tak baik jangan diikut, ORANG BODOH je yang ikut benda tak baik dari gurunya! Ulama muda umno (ILMU) terdiri dari mereka-mereka yang tinggi ilmu agamanya, banyak hafalan hadithnya, luas ilmu alqurannya, maka bersikap adillah dalam menilai dan mengambil ilmu mereka…

Buat penyokong taksub/’ultras’ ulama muda Umno(ILMU), mereka bukan utusan tuhan yang wahyu setiap perkataanya. Mereka juga manusia biasa. Ustaz Azhar Idrus mungkin tidak sefaham dengan mereka, tapi beliau bukan musuh kita. Beliau sangat dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mempelajari agama, beliau kreatif dan dekat dengan jiwa orang muda, beliau kelakar dan pandai bergurau senda, maka bersikap adillah dalam menilai dan mengambil ilmunya…

KENAPA KITA HARUS MEMILIH-MILIH GURU?

KENAPA KITA HARUS BIAS DENGAN ORANG-ORANG TERTENTU?

KENAPA BEGITU PREJUDICE DAN SEMPIT DALAM MENUNTUT ILMU?

Jadilah orang bijak menilai dan menafsir, setelah mendapat ilmu dari sumber yang pelbagai. Wallahua’lam…

P/s : Kita punya bacaan quran pun tak berapa betul, hafalan hadith pon tak banyak, mutabaah ibadah harian pon berterabur, degree pon tak setel lagi, solat jemaah pon tak lengkap… sibuk nak kritik kecacatan/kesalahan ulama’! WAT DE HEEEEEEYYYYY???????

Reflex buat insafi diri ini, astaghfirullah…

Published in: on Januari 15, 2012 at 8:14 am  Comments (6)  

Rindu “Orang Gila”


Doctor tolong jangan ganggu saya, saya sibuk

“Kamu itu tidak ada empathy. Pasien sedang bercerita tetapi kamu seperti tidak mengambil berat tentang ceritanya itu. Kamu terus menerus bertanya sampai saya yang mendengarnya pun sesak nafas. Bagaimana pasien mahu menjawabnya?” Prof Tuti memberikan komentar sebaik sahaja selesai proses wawancara (tanya-jawab doctor dan pasien).

Prof Tuti seorang Consultant di Psychiatry Department Hospital Hasan Sadikin, Bandung ini. Sudah berpuluh tahun dia menjadi Consultant dan tentunya banyak pengalaman dan tips-tips berguna yang harus digali dari beliau. Beliau seorang yang objektif. Yang benar akan dipujinya tetapi yang salah akan dimarahinya, walaupun dua saat sebelum itu beliau tengah senyum dan ketawa!!! Penilaiannya sangat objektif! Saya suka…(^^,)

“Kamu seperti seorang polis sedang interogasi pesalah!”, sambung beliau lagi…

Ate, dah ayah ngan kakak teman polis. Camne gayenye lagi teman nak buatnyeIts in the blood Prof.”, jawab saya DALAM HATI. Berani lawan Prof? Ai, maleh teman, banyak lagi keghoje lain. Ha ha ha…

Satu yang saya sangat suka dan gembira berada di Departmen ‘Sakit Jiwa’ ini adalah komen-komen dan nasihat-nasihat dari Prof. Beliau sangat suka mengkritik (baca = nasihat) SETIAP perbuatan kami. Katanya dia berbuat begitu kerana ingin kami semua menjadi doctor yang baik. Alhamdulillah, terima kasih Prof..

“Doktor itu sering memberikan ‘justifikasi’ dan ‘asumsi’ yang tidak benar. Pasien mengadu/mengeluh sakit bermakna dia menderita. Tapi kita sering memandang remeh perasaan mereka. Kita selalu mengatakan…

‘Oh, ini bukan sebab penyakit apa-apa, ini cuma stress je.’

Stress itu bukan CUMA!!! Cubalah berikan empathy…”

Ha, kagum kan dengan ilmu, pengalaman dan cara fikir beliau?

Beliau suatu ketika dahulu pernah didiagnosa (dikatakan secara medic) menghidap STROKE, lumpuh badan sebelah kiri dan dimasukkan ke ICU untuk beberapa minggu. Namun dari perwatakan dan penampilan beliau, tidak langsung menunjukkan bahawa dia adalah bekas seorang pesakit Stroke. Jika beliau tidak menceritakan kisahnya itu, saya tidak mungkin dapat menekanya. Kerana dia seorang yang sangat POSITIF!

“Jika saya menganggap Stroke itu suatu beban buat saya, pasti saya akan stress dan tidak dapat melakukan apa-apa dalam kehidupan. Tapi sebaliknya, saya menganggap Stroke itu sebagai suatu liburan (cuti) buat saya untuk istirahat. Saya tidak memikirkan hal-hal yang lain, saya NIKMATI sahaja. Hasilnya, saya bisa sembuh dan masih bisa beraktifitas seperti sekarang!”

 

Belajar dari air

“Hidup ini umpama air. Mengalirlah…

Halangan di sepanjang perjalanan itu biasa, lalui sahaja. Mengalirlah…

Jangan menahan diri, dan jangan juga memaksa diri”

Bahagia, gembira, suka, seronok, ‘happy’ berada 3 minggu di Department “SAKIT JIWA” ni…. Sayang rasanya untuk meninggalkan Department ini.

Sembang (SMS) dengan adik di Malaysia, menceritakan kemungkinan akan merindui ‘orang gila’ di sini, jawab beliau, Ambikla Specialist bahagian tu, manala tau dapat kakak ipar dari situ”

(=_=)’

Jap bayangkan jap….

Hai ayang, abang dah balik ni….”
Eh, abang dah balik?! Abang ada bawak balik Jin yang ayang kirim tadi? Ayang nak gi Mekah lepas Asar ni, ada Boyband Korea nak jumpa ayang kat sana…”

AH, SUDAH????!!!!!!

Published in: on Januari 10, 2012 at 3:03 pm  Comments (8)  

TIPS : Membesarkan Anak versi Psychiatrist


Bila anak hidup dalam KRITIKAN

Dia belajar MENYALAHKAN ORANG LAIN…

 

Bila anak hidup DIMUSUHI

Dia belajar untuk MELAWAN…

 

Bila anak hidup dalam EJEKAN

Dia belajar jadi PEMALU…

 

Bila anak hidup dalam TOLERANSI

Dia belajar menjadi SABAR…

 

Bila anak hidup dengan DIBERI SEMANGAT

Dia belajar mempunyai HARGA DIRI…

 

Bila anak hidup dengan PUJIAN

Dia belajar hidup untuk MENGHARGAI  ORANG LAIN…

 

Bila anak hidup dalam KEADILAN

Dia belajar MEMBELA KEBENARAN…

 

Bila anak hidup dalam KEPASTIAN

Dia memperoleh KEBERANIAN…

 

Bila anak hidup dengan PERSETUJUAN

Dia belajar MENYUKAI DIRINYA…

 

Bila anak hidup dalam PENERIMAAN dan PERSAHABATAN

Dia belajar MENCINTAI SESAMA MAKHLUK di dunia ini…

Copyright by

Department of Psychiatry, Hasan Sadikin Hospital, Bandung.

Drrazi, 4/1/2012

Published in: on Januari 5, 2012 at 3:28 pm  Comments (2)