Bacaan atau Hiasan


“Assalamualaikum….

Nak tanya, ada kawan non-muslim ni dia kata nak baca Quran. Jadi macam mana ek?”, tanya seorang muslimah.

Teringat saya tentang soalan-soalan yang lebih kurang sama suatu ketika dahulu.

“Non-Muslim boleh baca Quran? Boleh sentuh Quran?”

———————————————————————————————————————

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Agung yang telah membuka hati seorang manusia untuk mencari dan mengenalNYA.

“Dia minat sangat nak baca Al-Quran katanya”

“Baguslah. Dia nak pinjam bawak balik ke?”, saya menjawab soalan-soalan dengan soalan.

“Saya kata saya boleh bagi dia baca Quran, tapi dengan satu syarat… Kalau tak faham apa-apa dalam Quran nanti WAJIB tanya saya. Hehe….”

“Wah, bagus2… Syarat yang sangat baik.”, bersemangat saya mengangguk tanda setuju.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan reaksi dan tindak balas ‘cerdas’ yang diberikan oleh muslimah ini ketika ditanya oleh rakan non-muslimnya. Amatlah malang jika jawapan yang diberikan kepada non-muslim itu adalah seperti…

“Boleh-boleh, tapi U kene amik wudhu’ dulu. Meh sini muka U,I nak basuhkan muka U. Pastu tangan pulak. Then kepala, telinga and kaki. Ok?” —————apakah??

ATAU

“Boleh-boleh, tapi I bacakan untuk U ek? Quran ni kitab suci umat Islam. U tak boleh baca Quran, U nak baca Quran U kene masuk Islam dulu.” ————apakah??

Alhamdulillah, beliau cerdas.

“Tapi saya risau, takut dia buat apa-apa kat Quran nanti?”

“Insya Allah tiada apa yang perlu dirisaukan. Kawan tu bersungguh-sungguh nak belajar dan membaca ISI KANDUNGAN al-Quran, apa salahnya. Quran itukan BUKU PANDUAN MANUSIA? Bukannya buku panduan Orang Islam semata-mata. Lagipun, kalaulah dia ada niat yang jahat sekalipun, (siapa ajar kita bersikap negative ni?) itu bukanlah dalam tanggungjawab kita lagi. Kita hanya menyampaikan. Ok? Tanya dia terjemahan dalam bahasa apa yang dia selesa, hadiahkannya, Insya Allah kita juga akan dapat ganjarannya. Tenang aja ya?? Hehe…”

Selain ke’cerdas’an yang ditunjukkan, saya ingin berkongsi keprihatinannya terhadap rakan non-Muslim. Mungkin ada dikalangan kita yang takut untuk bercerita tentang Islam pada orang lain. Takut pada subjek ‘perbandingan agama’. Takut untuk mengenal agama lain. Takut untuk mencari kebenaran!

“Eh, taklah. Saya bukan takut mencari kebenaran. Saya takut ditanya tentang Islam benda yang saya tak tahu nak jawab je…”

Takut ditanya? Bukankah Allah mengajar kita BERTANYALAH KEPADA ORANG YANG AHLI (ORANG YANG TAHU TENTANG PERKARA ITU) SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU? –surah An-nahl (16:43)

Lebih banyak yang kita tidak tahu, lebih banyak yang AKAN kita tahu. Diberi syarat, BELAJAR DAN TERUS BELAJAR. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu selagi mana mereka sendiri tidak mengubah nasib mereka. (13:11)Hmm…

Bagaimana rakan-rakan non-Muslim ingin memahami ayat-ayat al-Quran?

Quran adalah panduan. Jadi ianya dibaca sebagai nasihat dan tauladan. Setiap ayat yang tersurat penuh tersirat kata-kata nasihat dan petunjuk. PETUNJUK bagi orang yang meRELAkan diri untuk DITUNJUK.

AFALA TA’QILUN….

AFALA TATAFAKKARUN….

AFALA YANZURUN….

AFALA TUBSIRUN….

Ayat-ayat Allah yang menunjukkan maksud yang sangat dalam. Kalau diterjemahkan ke dialek orang kampong saya,

Ngapelaaa kamu tak pikio….

Ngapelaaa kamu tak gune akai kamu tu….

Ngapelaaa kamu tak nengok betoi2….

Idak ke kamu nengok???

Idak ke kamu pikio???

Kalau Allah cakap Perak mungkin yang lain akan bagi alasan tidak memahami al-Quran, tetapi Allah telah menggunakan bahasa yang indah. Tinggal terserah kepada kita sahaja sebagai manusia untuk menerima dan memahaminya.

Fikir-fikirkanlah…

Published in: on April 1, 2009 at 12:59 am  Comments (17)  

The Holy Book


“You guys ar, wear tudung for elak habuk-habuk all dat kat padang pasir tu rite?”, tanya Sugen, seorang rakan yang beragama Hindu.

“A’a, that’s one of the reasonla…”, jawab Ika. Kami berbual di dalam bilik tutorial sementara menunggu dosen ( baca:lecturer) masuk. Jarang dosen tidak masuk ke sesi tutorial tetapi kali ini ada pertindihan tugas mungkin.

31

Surah An-Nur 24:31

“Actually it’s not. Muslim girls wear tudung as they were told to do so. As Quran said so. As an identity”, saya menyampuk membetulkan sedikit kesilapan.

“Oo, as an identity la..?? tapi macam mane those girls yang tak pakai, banyak je?” bersemangat sekali pertanyaannya dan saya rasa dia tiada niat lain melainkan untuk hanya ingin ‘mengambil tahu’.

“Not all Muslim know that. People who don’t read al-Quran will not know. Even people yang baca pun diorang tak faham apa yang ada dalam Quran.”, saya tidak membela umat Islam yang tidak kembali kepada KITAB PANDUAN mereka walaupun mengaku beragama.

“U said as Quran said so. Quran cakap macam mana?”, tanyanya lagi dengan rasa curious yang sangat tinggi dan muka penuh ‘innocent’. Hehe…

”Ha’a…Quran cakap macam mana?”, sampuk Reena. Seorang lagi teman yang beragama Sikh dengan bahasa Melayunya yang masih bertatih. Sudah ada improvement, sebelum ini seingat saya pada tahun pertama dan kedua, tidak pernah dia bercakap dalam bahasa Melayu, sudah terbiasa speaking di rumah dengan keluarga dan kawan-kawan barangkali.

Hmm, menarik ni….

Hati saya berbicara sendirian sambil tersenyum kerana perbualan kami sudah menjadi lebih ’ilmiah’ dan bukan ’borak-borak kosong’.

”Quran said kena pakai tudung, tutup kepala, labuhkan sampai dada.”, saya memberi penjelasan.

“Wear baju la.. can tutup your dada what?”,Reena mencelah memberikan pandangan sebagai seorang perempuan.

”No, Quran said your tudung tu, labuhkan sampai dada”.

“Ooooo…”, mengangguk-angguk dia tanda faham.

“You should cover all over your face rite?”, Sugen pula bertanya. Bertalu-talu soalan mengisi kekosongan dan kesunyian bilik tutorial tersebut. Rakan-rakan lain yang kebanyakannya melayu juga tertumpu khusyuk mendengar perbincangan ini.

“No lah, dalam Quran cakap tutup kepala and labuhkan sampai dada je. The one yang selalu terdedah untuk mudah buat kerja like hand and face tak payah tutup. Nanti you nak makan or buat kerja-kerja lain senangla.”, terang saya dengan senyuman supaya dia dapat menangkap logik di sebalik pernyataan saya.

“Tapi kan, tapi kan, why ada people yang pakai tudung tak tutup dada? They just put like that”, sambil menunjukkan gaya tudung yang diselempangkan ke bahu.

“Ha, like this”, Reena merujuk pada Ika. (Kebetulan pulak contohnya ada duduk kat sebelah dia.)

Saya dan Ahmad Fahmi tersenyum…

”Haha, yang tu you kena tanya diala”, Fahmi bersuara dalam nada gurau sambil kami memandang ke arah Ika. Dalam suasana yang santai kami ”terpukul” dengan pertanyaan itu. Saya yang lelaki juga terasa, pelik kan? Hehe.

Perbincangan dan perbualan seolah-olah berhenti seketika selepas pertanyaan itu.

”But why ar…in Indonesia, they got many Muslim but most of them don’t wear tudung?”, Reena menyambung pertanyaan.

“Like I said just now, not all of them read and understand what they read in al-Quran. Just like you said la in Sikh also got people yang tak ikut, kan?”

“Ya, ya, never mind la…I also cut my hair. My mother told me to cut my hair when I was small.”, jawab Reena dengan muka tak bersalah. Hehe..

“You cannot cut your hair ar??”, tanya Sugen.

Ngade-ngade mamat ni takkanla dia baru tahu pasal agama Sikh, kawan dia sendiri ramai yang Sikh….

Aku mengomel sendirian dalan hati. Bukan mengumpat, bergurau sendirian. Hehe..

”Ya la…we even cannot shave also.”

“When I small ar, I wanted to keep my hair you know, but my mother scold me : Cut! Cut!” Haha… Kami ketawa mendengar celoteh Reena. Seronok dia bercerita.

“Ha, I know, your mother wanted you to look like a boy rite?”, Sugen mengusik. Bilik tutorial gamat lagi.

“You guys baca, kaji Quran is it? Good la you guys… Not like this fellow, mamat ni tak baca Quran ni”, merujuk pada seorang lagi teman di bilik tutorial tersebut dengan nada gurau. Gamat lagi dengan ketawa. Sugen memang selalu menjadi penghibur kami di bilik tutor. Ada sahaja lawak dan perkataannya yang me’maksa’ kami ketawa.

”Oi, aku bacala… tapi takdela macam diorang duduk dalam usrah kaji bukak satu-satu tu”, pernyataan membela diri oleh ’mamat’ tersebut. Hehe…

ISLAM itu mudah

ISLAM itu mudah

”Taklah…. Mana ade”, saya menjelaskan padanya.

”Kita bukan kaji al-Quran buat kupasan semua-semua tu. Benda tu kita rujuk kitab-kitab Ulama’ la, kita tak mampu nak cakap pasal benda-benda tu. Ilmu tak cukup.”, Ahmad Fahmi pula mencelah memberikan penjelasan.

”Abis tu korang duduk-duduk dalam usrah tu korang buat apa?”

Kalini perbincangan dan setiap mata tertumpu pada kami.

Perbincangan yang pada asalnya di antara dua, tiga orang telah menjadi semakin ramai. Menggalakkan sekali penyertaannya. Menarik, menarik….=)

”Kitorang bukan bincang pasal tafsir-tafsir Quran. Kitorang just baca Quran tu bersama terjemahan kat tepi dia tu je. Pastu menginsafi dan mengambil iktibar dari kisah-kisah yang diceritakan. Apa guna terjemahan kalau tak dibaca? Dan apa guna baca Quran kalau tak tahu terjemahan dia?”

”Lagipun, dalam usrah kita belajar macam mana nak beragama. Kita belajar mengkaji agama kita. Adakah benar agama kita ni. Adakah benar cara kita selama ni..”, saya menghuraikan kesalah fahaman rakan Muslim saya sendiri.

”Oh, aku ingatkan korang buat usrah tu macam kat sekolah-sekolah menengah dulu. Dulu kat asrama dulu aku ikut gak usrah-usrah ni.”

”So you really kaji your agama ar??? How???” , Reena dan Sugen menyampuk kembali dengan penuh semangat dan rasa ingin tahu.

”We learnla. We open the Quran, bible, your Yajur Veda, we compare and seek for the truth. Is it really from God. Is Islam is true, and everything. Cuma Reena, yours I haven’t seen. You pakai kitab apa?”

“Oh ada la…. I also cant understand. But I can read!”, jelas Reena sambil tersenyum. Bangga barangkali kerana dia mampu membaca dan menulis dalam bahasa kitabnya itu. Dihantar oleh ibunya ke tuisyen bahasa dan tulisan itu di waktu kecilnya katanya.

”Really ar? You really open all those ar?”, Sugen kurang percaya dengan apa yang didengarnya.

This people really do something to know about their religion…

Mungkin itu yang bermain difikirannya, tapi saya tidak tahu. Kalau benar, baguslah. Semua orang harus mencari kebenaran agamanya. Tidak kira agama apa pun.

“Ya la… to find the truth what? You should find the truth bout your religion from your book.”, saya memberanikan diri mencadangkan sesuatu kepada mereka berdua.

“We should not just simply follow our parents and gune logic tau sebenanya pasal bendani.”, teka siapa yang bersuara memberikan pendapat? ‘mamat’ yang tak ikut usrah tadi! Hehe… Lantang dan yakin dia mengeluarkan pendapatnya kepada Reena.

Betul tu…

Saya mengiakan pendapat dia di dalam hati sambil tersenyum memandangnya.

“I can read, but I cant understand”

“Why? You said you have class?”, saya bertanya memancing keinginannya untuk mencari kebenaran.

“Tinggila… susah nak faham.”,sambil menggeleng-gelengkan kepala. Gamat lagi bilik tutorial dengan ketawa kecil semua yang ada…=)

“So now you know which one the truth la?”, Reena kembali bertanya.

“Yang mane satu yang betul?”

”Haha, ada la… you kena cari sendiri la.”, serentak saya dan fahmi menjawab sedemikian.

Perbincangan terhenti.

Saya biarkan seluruh yang ada dalam bilik tersebut berfikir sendirian,melalui perbualan dan perbincangan tadi.

Sebelum dosen (tutor) masuk, Reena sempat mengatakan sesuatu,

”Actually i know Sikh is not the real one la. Coz its da latest religion on Earth. It got some Hindu influences and Islam influences. Its in the middle.”

Boleh pulak mengaku sebegitu, pengakuan berani mati nampaknya ni….

Bisik saya dalam hati. Hmm…

Fikir-fikirkanlah…

Published in: on Januari 28, 2009 at 7:37 pm  Comments (33)  

Hudallil MUTTAQIN


“Saya baca, awak ikut ye?”

“Baik”

Alif Laaam Miiiiim….

Alif Laaam Miiiiim….

Dza Likal Kitabula Raiba Fih….

Dza Likal Kitabula Raiba Fih….

Hudallil Muttaqin….

Hudallil Muttaqin….

”MAKSUDNYA, ikut jugak apa yang saya bacakan ye?”

”Baiklah.”

Alif Laaam Miiiiim….

Alif Laaam Miiiiim….

Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya…

Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya…

Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…

Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa…

Alhamdulillah. Selesai pelajaran al-quran kita buat hari ini. Biarlah sedikit, tapi kita cuba cari makna disebalik ayat-ayat Allah tersebut. Supaya Al-Quran bukan sekadar menjadi buku mentera dan ’kitab suci’ semata-mata, tetapi berfungsi sebagai PANDUAN yang SEBENAR-BENARNYA kepada seluruh umat manusia ’yang mencari tuhan’ tidak kira Islam atau bukan Islam. Kita teruskan menghayati Al-Quran dengan menanyakan soalan-soalan tersebut kepada diri dan rakan-rakan kita.

”Boleh tak awak jaga solat lima waktu lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak ikut setiap apa yang nabi buat dan tinggalkan segala apa yang nabi tak pernah buat lepas awak baca ayat ni?”
”Boleh tak awak tutup aurat elok-elok lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak jangan bercouple atau pegang tangan lelaki perempuan bukan muhrim lepas baca ayat ni?”
”Boleh tak awak berhenti merokok lepas baca ayat ni?”

Jawapan yang popular,

”Alah, nantilah… BELUM SAMPAI SERU”

Alangkah senangnya mulut berbicara. Menjawab segala pertanyaan manusia, apabila ditanya bila kita mahu menyempurnakan segala perintahNYA…

Jika kita renungkan….
Jika kita fikirkan….
Jika kita fahamkan….
Kenapakah Allah mengatakan Al-Quran : adalah
HUDALLIL MUTTAQIN?
Kenapa tidak HUDALLIL MUNAFIQIN?
Kenapa tidak HUDALLIL MUSYRIKIN?
Kenapa PETUNJUK kepada orang yang bertaqwa?

Ya, Al-Quran adalah petunjuk kepada orang yang bertaqwa.
Bukan kepada orang munafik,
Bukan juga kepada orang kafir.

Jadi, soalan-soalan tadi?

Arahan dan perintah Allah ini…
tidak akan dapat dilakukan,
tidak akan dapat dituruti,
tidak akan dapat dipatuhi,
jika perasaan takut dan berharap padaNya tidak disemai didalam dada.
Al-Quran
tidak akan menjadi petunjuk kepada orang yang tidak beriman kepada Allah.
Al-Quran
tidak akan menjadi hidayah kepada orang yang tidak takut/bertaqwa pada Allah.

Surah Al-Israa’ 17:9.

Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar

Oleh itu marilah kita bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dengan rasa takut dan gentar pada Allah S.W.T terlebih dahulu.
Bersihkanlah hati dari segala kemahuan kita, sebelum kita membaca apa kemahuan DIA.
Lapangkanlah hati dari segala kehendak nafsu kita, sebelum kita membaca dan menuruti kehendak dan perintah DIA.

Segala hukum tentang rokok, perempuan, harta yang haram, hiburan, aurat, dan semuanya tidak akan dapat dipatuhi kalau diri tidak merasa kerdil. Kalau diri tidak merasa ”
hamba”, bagaimana mahu ”membaca surat arahan dari
tuannya?”

Allah menyukai hamba yang taat padaNya,
yang melakukan segala perintah dan suruhanNya,
walaupun dihina dan dicaci oleh manusia.

Sama-sama kita mengejar CINTA-NYA,
Dengan meleburkan nafsu kita,
Memekakkan telinga dengan kritikan manusia.
HIDAYAH TAK MUNGKIN DAPAT KALAU TAK DICARI.
PERUBAHAN TAK MUNGKIN TERJADI KALAU DIRI TAK BERUSAHA MEMULAI.

Published in: on Januari 20, 2009 at 10:58 pm  Comments (13)