Bangkitlah! Jadi manusia hebat!


Wahai manusia, makhluk berakal,

Dicipta Tuhan, bukan sia-sia,

Tiada yang bodoh tiada yang bebal,

Asal hidup tidak putus asa!

Fikiran manusia menentukan siapa dirinya,

Sangkaan manusia menentukan takdir Tuhannya!

 

“Aku tiada kelebihan”,

Bukanlah perkataan rendah diri yang harus dikagumi,

Ianya doktrin buruk yang membunuh potensi!

 

Setiap manusia ada uniknya,

Tak percaya cuba tengok Guinnes Book of World Record,

Betapa aneh dan peliknya mereka!

 

“Aku tak mampu berjaya”

“Aku lemah dalam macam-macam perkara”

Adalah ungkapan negatif yang membunuh jiwa,

Merosakkan masyarakat, merosakkan tamadun manusia!

 

Suatu ketika dulu orang Arab dipanggil Jahiliyah,

Kerana kebodohan dan kemunduran ‘sikap’ mereka,

Mereka mungkin hebat berbisnes dan bersyair,

Tapi mereka mundur dan bodoh kerana salah cara fikir!

 

Cara fikir yang berorientasi dunia,

Berebut kekayaan dan keseronokan sementara,

Yang hebat tidak kemana, yang lemah jadi Hamba nan Hina!

 

Cuba lihat zaman majunya mereka,

Setelah dididik Nabi Muhamad hakikat dunia yang sementara,

Tiada lagi dengki menjatuhkan sesama,

Tetapi  bersaing menjadi yang paling bermanfaat buat manusia lainnya!

 

Cuba kenang tokoh-tokoh dahulu,

Nama-nama Arab yang sungguh dihormati,

Contohi sikap dan ilmunya satu-satu,

Ibnu Sina, Al-Farabi, Ar-Razi,  semuanya ilmuan yang sentiasa meneliti!

 

Mencari tahu dan terus mencari tahu,

Meneliti dan terus meneliti,

Menggegarkan dunia dengan pelbagai ilmu dan teori!

 

Mahirkan diri dalam bidang yang kita ceburi,

Jadi orang yang paling hebat dalam bidang kita sendiri,

Tahu dan fokus apa yang akan kita kecapi,

Kejar cita-cita, jadi manusia berprestasi!

 

Kini bukan zaman ikut-ikutan,

Bukan zaman asal-asalan!

 

Zaman sekarang zaman berkontribusi,

Mendidik umat dan diri sendiri!

 

Apa pun bidang, apa pun kecenderungan,

Gilapkan bakat tingkatkan pengetahuan,

Jadi pakar jadi contoh ikutan,

Barulah sesuai dikatakan makhluk hebat ciptaan Tuhan!

 

Wahai insan yang bakal mati,

Jadilah manusia hebat yang berbakti!

Published in: on September 6, 2012 at 12:54 am  Comments (3)  

Suatu Ketika…


Detik waktu masa berlalu
Meninggal lari jauh memori
Hati dan tubuh belum memahami
Kenapa dan Mengapa perasaan datang dan pergi

Suatu ketika,
Diri gembira penuh senyuman
Berjalan seorang tetap segak menawan
Tak perlu pujian tak perlu sindiran
Hati berbunga banyak yang difikirkan

Suatu ketika,
Diri suram kelihatan sugul
Dikelilingi kawan-kawan tapi fikiran kosong tak berteman
Gembira diluar, dalam bersedih
Tanpa sebab rasa tersisih

Suatu ketika,
Diri bersemangat berkobar-kobar
Otak ligat fikiran berputar
Mencari idea dan segala cara
Cuba bermanfaat dan menyebarkan gembira
Sedaya upaya jadi orang berguna

Suatu ketika,
Diri insaf dibendung dosa
Mengalirkan airmata merintih layaknya orang gila
Setiap kata melahirkan kemarahan dan kekesalan
Malu tak tertahan pada Tuhan, semua doa penuh rintihan

Suatu ketika,
Kadang baik kadang gembira
Kadang sunyi kadang sengsara

Jalan yang ada didepan mata
Tambah ilmu iman didada
Cari teman penghibur di dunia
Agar tak hanyut di ‘alam ini’, sedih terluka sampai ke mati

Suatu ketika…

Published in: on Mei 20, 2012 at 1:12 pm  Comments (5)  

Rindu “Orang Gila”


Doctor tolong jangan ganggu saya, saya sibuk

“Kamu itu tidak ada empathy. Pasien sedang bercerita tetapi kamu seperti tidak mengambil berat tentang ceritanya itu. Kamu terus menerus bertanya sampai saya yang mendengarnya pun sesak nafas. Bagaimana pasien mahu menjawabnya?” Prof Tuti memberikan komentar sebaik sahaja selesai proses wawancara (tanya-jawab doctor dan pasien).

Prof Tuti seorang Consultant di Psychiatry Department Hospital Hasan Sadikin, Bandung ini. Sudah berpuluh tahun dia menjadi Consultant dan tentunya banyak pengalaman dan tips-tips berguna yang harus digali dari beliau. Beliau seorang yang objektif. Yang benar akan dipujinya tetapi yang salah akan dimarahinya, walaupun dua saat sebelum itu beliau tengah senyum dan ketawa!!! Penilaiannya sangat objektif! Saya suka…(^^,)

“Kamu seperti seorang polis sedang interogasi pesalah!”, sambung beliau lagi…

Ate, dah ayah ngan kakak teman polis. Camne gayenye lagi teman nak buatnyeIts in the blood Prof.”, jawab saya DALAM HATI. Berani lawan Prof? Ai, maleh teman, banyak lagi keghoje lain. Ha ha ha…

Satu yang saya sangat suka dan gembira berada di Departmen ‘Sakit Jiwa’ ini adalah komen-komen dan nasihat-nasihat dari Prof. Beliau sangat suka mengkritik (baca = nasihat) SETIAP perbuatan kami. Katanya dia berbuat begitu kerana ingin kami semua menjadi doctor yang baik. Alhamdulillah, terima kasih Prof..

“Doktor itu sering memberikan ‘justifikasi’ dan ‘asumsi’ yang tidak benar. Pasien mengadu/mengeluh sakit bermakna dia menderita. Tapi kita sering memandang remeh perasaan mereka. Kita selalu mengatakan…

‘Oh, ini bukan sebab penyakit apa-apa, ini cuma stress je.’

Stress itu bukan CUMA!!! Cubalah berikan empathy…”

Ha, kagum kan dengan ilmu, pengalaman dan cara fikir beliau?

Beliau suatu ketika dahulu pernah didiagnosa (dikatakan secara medic) menghidap STROKE, lumpuh badan sebelah kiri dan dimasukkan ke ICU untuk beberapa minggu. Namun dari perwatakan dan penampilan beliau, tidak langsung menunjukkan bahawa dia adalah bekas seorang pesakit Stroke. Jika beliau tidak menceritakan kisahnya itu, saya tidak mungkin dapat menekanya. Kerana dia seorang yang sangat POSITIF!

“Jika saya menganggap Stroke itu suatu beban buat saya, pasti saya akan stress dan tidak dapat melakukan apa-apa dalam kehidupan. Tapi sebaliknya, saya menganggap Stroke itu sebagai suatu liburan (cuti) buat saya untuk istirahat. Saya tidak memikirkan hal-hal yang lain, saya NIKMATI sahaja. Hasilnya, saya bisa sembuh dan masih bisa beraktifitas seperti sekarang!”

 

Belajar dari air

“Hidup ini umpama air. Mengalirlah…

Halangan di sepanjang perjalanan itu biasa, lalui sahaja. Mengalirlah…

Jangan menahan diri, dan jangan juga memaksa diri”

Bahagia, gembira, suka, seronok, ‘happy’ berada 3 minggu di Department “SAKIT JIWA” ni…. Sayang rasanya untuk meninggalkan Department ini.

Sembang (SMS) dengan adik di Malaysia, menceritakan kemungkinan akan merindui ‘orang gila’ di sini, jawab beliau, Ambikla Specialist bahagian tu, manala tau dapat kakak ipar dari situ”

(=_=)’

Jap bayangkan jap….

Hai ayang, abang dah balik ni….”
Eh, abang dah balik?! Abang ada bawak balik Jin yang ayang kirim tadi? Ayang nak gi Mekah lepas Asar ni, ada Boyband Korea nak jumpa ayang kat sana…”

AH, SUDAH????!!!!!!

Published in: on Januari 10, 2012 at 3:03 pm  Comments (8)  

MOTIVASI program ISMEC : Mustahil??


Sebelum datang ke Indonesia, saya dan kawan-kawan yang sama-sama belajar di pusat persediaan pelajar ke luar Negara, INTEC mendapat banyak pendedahan dan ilmu berkaitan agama. Di INTEC kami bertemu macam-macam orang, dan mereka semuanya hebat-hebat belaka. Alhamdulillah, saya bersyukur telah ‘berguru’ dengan mereka.

Salah satunya adalah Prof Dr Abdul Latiff, dan kawan-kawan dari IMAM. (Islamic Medical Association of Malaysia). Semalam, Prof Latiff datang ke Bandung menerima jemputan untuk program yang dianjurkan oleh PKPMI Pusat, iaitu Islamic Medical Conference (ISMEC). Alhamdulillah, dengan menghadiri program semalam, saya mendapat semangat dan kekuatan kembali!!!

Umum sudah mengetahui, bahawa untuk berjaya kita perlukan niat/matlamat. Tetapi niat dan matlamat itu sahaja tidak akan tercapai tanpa usaha. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu, pergi kearah matlamat yang ingin kita tetapkan itu. Saya tahu benda ini, dan saya yakin anda semua juga tahu.

Cuma MASALAHNYA adalah aplikasi.

Kita tahu teori, tapi kurang tahu tentang aplikasinya. Ramai yang kurang tahu bagaimana jalan dan cara mencapai matlamat itu. Ramai yang kurang tahu bagaimana usaha dan rahsia untuk merealisasikan matlamat itu. Jadi, untuk tujuan itu, perkongsian dan pengalaman yang diberikan oleh orang ‘terdahulu’ yang melalui benda yang sama sebelum kita, itu yang sangat bermanfaat.

Bidang kita sama, jadi kita lebih saling memahami jiwa dan suasana sekeliling kita.

Bidang kita sama, jadi kita lebih ‘connected to each other’.

Bidang kita sama, jadi pengalaman dan usaha-usaha mereka boleh kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

1.       PRIORITIZE

Dahulukan yang penting, kemudiankan yang kurang penting. Susun keutamaan dan kepentingan, bergerak mengikut keutamaan dan mengikut urutan. Tujuan hidup kita adalah khalifah. Dan khalifah berfungsi untuk IMPROVE HIMSELF, IMPROVE OTHERS, and IMPROVE ENVIRONMENT!

To improve ourselves kita harus cemerlang dalam akademik!

To improve others kita harus berakhlak mulia, berbaik sangka, dan menegur rakan-rakan kita!

To improve environment kita harus PEDULI dan ambil tahu. Bijak dan cekap menguruskan segala masalah dunia!

Bercakap mengenai prioritize juga, kata Prof Dr Latiff, beliau bernikah ketika usia 21 tahun.

“Kalau tak nikah lagi kita akan sibuk fikir pasal ‘pasangan-hidup’. Lepas nikah saya dah tak perlu fikir pasal tu lagi, saya dah boleh fikir/focus pasal benda lain dah. Ada banyak benda lain yang harus saya buat lagi.”

Dengan bernikah, seorang daie akan naik darjatnya ke satu level yang lebih tinggi kerana dia tidak lagi perlu memikirkan ‘tentang itu’. Seorang daie yang sudah bernikah akan lebih mudah focus kepada kerja-kerja dakwah, kerja-kerja organisasi, kemasyarakatan, ummah dan merancang ‘something bigger’!!! Hmm… kalau aku dah nikah insyaAllah aku pon dah boleh focus kat benda lain dah…. Dah boleh menjadi orang yang lebih ‘visioner’ dan ‘do something bigger’??? Hmm… – mengomel dan membebel pada diri sendiri. Hehe…PerGALAUan* bebas!!!=p

 

G.A.L.A.U

2.       FOCUS

Secara teorinya, ramai yang tahu bahawa untuk berjaya harus ada usaha. Tetapi ramai yang lupa bahawa USAHA YANG TIDAK FOKUS akan sia-sia!

Kata Prof Dr Latiff, setelah dicabar oleh kisah gurunya yang tidak pernah dapat kurang dari A dalam setiap peperiksaan, beliau berazam untuk menjadi seperti itu juga. Dan pada penghujung tahun kedua (kalau tidak salah), beliau telah mendapat semua A untuk setiap 14 subjeknya.

Pelajar perubatan score semua A dalam peperiksaan??? Ini macam mustahil je???

Semenjak dari itu, beliau score dalam setiap peperiksaan, tak pernah tak dapat A, dan mendapat anugerah diraja (mengadap Sultan untuk mendapat anugerah) pada penghujung pengajian. Cuma dua orang yang dapat anugerah tersebut, dan beliau salah seorangnya! Seorang lagi adalah dari kaum bukan bumiputera. Jangan lupa juga, beliau waktu itu sudah bernikah dan mempunyai anak.

“Waktu saya grad saya dah ada dua orang anak.”

Bayangkan, mustahil atau mustahil? Ya, jawapannya mustahil.

Tambah lagi cerita mustahil dari beliau, program Master (specialist) dan PhD yang sepatutnya dihabiskan dalam masa tertentu, beliau dapat habiskan dalam masa kurang dari setengah tempoh asalnya. 5 tahun, boleh dihabiskan dalam masa 2 tahun. 2 tahun, boleh dihabiskan dalam masa beberapa bulan. (saya lupa ceritanya, 9 bulan mungkin)

Intinya, beliau excellent dan menghabiskan studynya dalam waktu super cepat! Ingat, beliau juga aktif berorganisasi dan telah mempunyai anak isteri! MUSTAHIL??

Sebenarnya tidak, petua dan tips beliau cuma satu, FOCUS!!! 

Focus di sini bermaksud membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Masa study, focus untuk study.

Masa main, focus untuk main.

Masa tidur, focus untuk tidur (get a deep/enough sleep).

Masa solat, focus untuk solat (khusyu’ dalam ibadat).

Tetapi apa yang sering kita lakukan, masa study bukak facebook…

Masa main, berlanjut sampai berjam-jam…

Masa tidur, sembang-sembang…

Masa solat, fikir ‘future planning’…

Masa nak buat kerja, fikir isteri dan kecomelan anak…(yang sudah berkeluarga)

Dan kita akhirnya tidak mencapai puncak kecemerlangan dalam apa yang kita buat.

WE ARE NOT FOCUSING! WE ARE EASILY DISTRACTED!

Umat Islam harus tahu priority, harus focus pada setiap kerja dan tindakan. Dunia banyak perkara melalaikan, jika tidak kita kawal, bahagi masa dan susunkan, hancurlah dunia, hinalah manusia!

30 minit sehari untuk korea, 30 minit sehari untuk facebook? Boleh… Asalkan focus, dan tidak mengganggu jadual aktiviti lain. Mari susun jadual ‘hiburan’ peribadi. (^^,)v

3.       DON’T PROCRASTINATE

Motivasi datang kejap naik motor, kejap lagi dia pulang. Kejap naik Mercedes, kejap lagi dia pulang. Tugas kita adalah jangan sampai mereka (motivasi-motivasi) ini pulang, mulakan semua yang positive itu sekarang, dan mari mengubah masa akan datang!!!

Terima kasih pada sahabat-sahabat (bukan AJK) yang telah membantu berlangsungnya program ini. Di INTEC saya dapat macam-macam, di Bandung saya mahu kita semua dapat macam-macam. Semoga Allah membalas jasa anda-anda semua dengan SYURGA YANG TERTIGGI!

  1. Mohd Arif Marsin
  2. Farhana Yem
  3. Najiha Jalil
  4. Farah Wahidah Sazali
  5. Siti Nur Illyyinna
  6. Ahmad Zulhazwan
  7. Ahmad Zulfahmi
  8. Sahabat-sahabat 7 Hearts Enterprise
  9. Mr. Boss, Khairul Hafidz Alkhair

Wallahua’lam.

********** ISMEC 2011, BANDUNG *************

*GALAU = Angau / jiwang / jiwa kacau / gedik / gatai / mengada-ngada

(Kamus bahasa ‘sembang’ Indonesia edisi PERTAMA. Hehe…)

Published in: on Oktober 16, 2011 at 4:41 pm  Tinggalkan Komen  

Dept. of Nuclear Medicine : POSITIF!


Diriwayatkan dari dr.Budi SpKN (Specialist in Nuclear Medicine), dia mendengar Mario Teguh berkata :

“Di dalam kehidupan ini KEBERHASILAN dan KEGAGALAN itu adalah seimbang 50 persen 50 persen pada setiap individu.”

Sekarang saya berada di department kecil yang tempoh ‘rotation’nya hanya seminggu. Minggu ini berada di Department of Nuclear Medicine atau lebih dikenali dengan Bagian Kedokteran Nuklir di Rumah Sakit Hasan Sadikin, Bandung ini. Isnin masuk department, esok, Jumaat, sudah ujian akhir department. Minggu depan ke department lain pula. Semoga berjalan lancar dan dipermudahkan ujian saya esok hari, amiiin….

Nuclear Medicine

Pernah suatu ketika seorang daripada dua orang ‘rakan sejawat’ saya di department ini memegang syringe (jarum suntik) berisi zat radioaktif tanpa memakai lapik/pelindung apa-apa.

“Eh, jangan pegang begitu dong!”, tegur seorang doctor residen. (Residen adalah doctor calon specialist yang sedang melanjutkan pengajian specialistnya)

Maka berubahlah wajah ‘rakan sejawat’ saya tersebut akibat ketakutan terkena radiasi dari zat radioaktif nuclear tadi…

“Haa…lo udah kena radiasi tu. Ntar lo ga bisa hamil!”, sakat saya sambil diiringi gelak tawa yang agak kejam. Hohoho~

NUCLEAR MEDICINE

Seorang yang diterapi dengan zat radioaktif tidak boleh mendekati/tidur sebilik dengan ibu hamil dan anak-anak kecil selama beberapa bulan….

Hari pertama masuk ke Department of Nuclear Medicine ini saya mempunyai keraguan tentang kepentingan dan keperluan ilmu perubatan yang satu ini. Adakah manfaat lebih besar dari mudharat??? Adakah SELAMAT/AMAN bagi pegawai-pegawai kesihatan yang terpapar dengan radioaktif ini selama mereka bekerja sehari-hari??? Adakah MANFAAT buat pesakit/pasien melebihi MUDHARAT buat tenaga kesihatan???? Jika pesakit/pasien selamat dan sihat,tetapi TENAGA KESIHATAN sendiri sakit, adakah berbaloi bekerja di sini???

Hari ini penjelasan dan ‘pencerahan’ dari Dr.Budi SpKN sedikit sebanyak telah berjaya membuka mata dan hati saya. Kenapa? Ya, mari kita berbicara tentang untung dan rugi, hidup dan mati, bahagia dan  sakit hati….

Handphone radiation - memang ada, tahu kan?!

Kalau memikirkan nuclear medicine ini memancarkan radiasi, banyak juga benda lain yang memancarkan radiasi. Matahari, computer, telefon bimbit, dan microwave juga mengeluarkan pancaran radiasi. Dan semuanya membahayakan, jika ianya berlebihan dan digunakan tidak sesuai peraturan. Begitu juga dengan kehidupan di dunia…

Setiap perkara ada baik dan buruknya

Setiap benda ada manfaat dan mudharatnya

Setiap usaha ada berjaya dan gagalnya

Setiap makhluk ada masa hidup dan matinya.

Mengulang kata-kata Mario Teguh yang di’naqal’kan oleh dr.Budi di atas, kehidupan kita ini TIDAK SELALUNYA DIATAS….

Dan kehidupan kita ini juga TIDAK SELALUNYA DIBAWAH….

Semua orang pasti ada baik dan buruknya, ada kelebihan dan kekurangannya, ada keberuntungan dan ke’malang’annya.

MUSTAHIL seorang itu dilahirkan petah berbicara, muda menjadi kaya, tua menjadi kaya-raya, hidup berfoya-foya, mati bergaya, di akhirat masuk syurga, MUSTAHHHHHHIL!

Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Dan kelebihan itulah yang harus kita fikirkan, harus kita maksimalkan. Bukan kekurangan dan kesilapan, diulang-ulang dan diungkitkan.

Kadang kita gembira, kadang kita bersedih…

Kadang kita berjaya, kadang kita berduka…

Namun itu semua roda kehidupan kita…

Jangan sangka oranglain gembira, sentiasa beruntung dan tidak pernah berduka. Orang kaya, pandai, bergaya, mungkin saja berpenyakit bermasalah segala, pening kepala, tidur tak lena, mati kena stroke/sakit jantung dan sebagainya. Tetapi kita, (yang sering kita anggap malang dan tidak berjaya) lupakah kita pada nikmat-nikmat yang kita rasa? Yang sentiasa diberikan dalam tidak sedar pada kita dan keluarga kita? Jangan berburuk sangka dengan Yang Maha Esa…..

Saya terkenang kata-kata yang selalu diungkapkan oleh adik tercinta…

Bestfriend Forever lah!=p

“Abang tu semua yang abang nak mesti abang dapat. Dapat nombor satu, masuk asrama penuh, exam cemerlang… Tapi semua yang adik nak mesti adik tak dapat.”

Sedih mendengarnya…

Sedarlah adikku, abangmu ini ada kelebihan, ada juga kecacatan dan kekurangan. Adik peramah dan ramai kawan, abang pendiam kurang kawan. Adik sihat banyak makan, abang kurus walaupun dah puas makan. Adik ‘handsome’ ramai tertawan, abang ‘macho’ tak ramai yang tertawan. (Errr…=p) Dan paling penting, I’m NOT always lucky as you think I am, I have GOUT! Baru 25 tahun kot? Huhuhuh~

Kesimpulannya, jangan mengenang apa yang kita tiada. Kejar dan berbahagialah dengan apa yang kita ada. Mati itu pasti, tetapi kebahagiaan itu harus dicari. Kenapa mengenang mati kalau hari ini boleh berbakti dan bergembira. Jangan bersedih, BERBAHAGIALAH!

p/s : Agak lari sedikit dengan intro Nuclear Medicine, tetapi semoga kita sentiasa bersikap positif dan berbaik sangka pada tuhan. Berkenaan fakta yang di ‘bold’kan di atas, sebenarnya ianya ada sambungan, jadi jangan takut. Peace! (^^,)v

Seorang yang diterapi dengan zat radioaktif tidak boleh mendekati/tidur sebilik dengan ibu hamil dan anak-anak kecil selama beberapa bulan….kerana ingin MENCEGAH dari SEBARANG KEMUNGKINAN BURUK. Tiada sebarang penelitian yang menunjukkan zat radioaktif yang digunakan untuk terapi ini (dosage yang paling kecil) memberi kesan buruk pada ibu hamil dan anak-anak. TIADA. Saranan itu hanyalah untuk MENCEGAH.

Published in: on April 28, 2011 at 5:25 pm  Comments (4)  

Pengaruh manusia pada sekitarnya.


“Selain dari memikirkan urusan anak dan isteri, apakah yang boleh dan patut dilakukan oleh seorang lelaki sehat cerdas hensem macho bergaya setelah mencecah umur 25 tahun???”

Soalan provakasi merangkap motivasi kepada diri sendiri. (Sila jangan bantah, saya berhak memotivasikan diri. Hehe…)

Tahun baru disambut dengan begitu meriah di Bandung. Mercun dan bunga api membakar suasana jagat raya, memecah hening suasana, sehingga ada yang terganggu waktu tidurnya. Saya terfikir, apakah yang bakal diperoleh dari sambutan tahun baru jika HARI INI TIDAK LEBIH BAIK DARI SEMALAM, dan HARI ESOK TIDAK LEBIH BAIK DARI HARI INI.


Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berusaha mengubahnya sendiri.

Menghadapi tahun baru, umur adalah perkara penting yang sentiasa harus dititikberatkan.

Kemanakah perginya usia muda dan masa lapang kita?

Dimanakah kita memhabiskan umur kita?

Apakah sumbangan yang kita telah berikan sepanjang umur kita?

Apakah ‘hukum’ kewujudan kita? Adakah wajib, sunat, harus, makruh atau haram?

Apakah wujudnya kita sebagai Manusia WAJIB?

Tanpa kita, orang di sekeliling kita akan bersedih, terasa kehilangan. Mereka sangat-sangat memerlukan kita kerana kita sentiasa memberikan kebaikan buat mereka. Mereka tenggelam punca tanpa kita, mereka lemah dan tidak bersemangat tanpa kita…

Atau apakah wujudnya kita sebagai Manusia SUNAT?

Adanya kita membawa keuntungan, harapan, kebaikan, keinsafan, kebahagiaan, tiadanya kita tidak memberi kesan…

Atau adakah kita Manusia HARUS?

Adanya kita pun boleh, kehilangan kita juga boleh…

Atau mungkinkah kita adalah Manusia MAKRUH?

Tanpa kita, orang disekeliling kita merasa bahagia, tenang, aman sentosa, bersemangat dan berwibawa, adanya kita tidak memberi kesan.

Atau jangan-jangan kita adalah Manusia HARAM,

Yang kewujudan kita akan  membawa sengsara, durjana, kebencian, permusuhan, kecil hati, sakit jiwa, pergaduhan, tersinggung, terasa hati di sini sana!

Apa pun ‘hukum’ kewujudan kita, itu semua harus diperbaiki dan dipertingkatkan. Marilah menuju Manusia WAJIB, sentiasalah menjadi Manusia SUNAT, berusahalah lebih baik daripada menjadi Manusia HARUS, jauhkanlah diri dari menjadi Manusia MAKRUH dan HARAM!

Namun, orientasi pemikiran haruslah ‘saham akhirat’.

Jika kewujudannya sangat diperlukan tetapi untuk perkara-perkara berhibur dan menjauhi tuhan, maka rugilah “manusia-manusia wajib” itu.

Setiap kita akan ditanya tentang amalan dan umur kita. Pemikiran yang berorientasikan saham akhirat pasti akan menilai baik buruk sebelum bertindak…

Jika kebaikan yang dilakukan ditiru dan dicontohi, maka berbahagialah dirinya.

Jika keburukannya yang dicontohi dan di’idola’i, maka hancurlah ‘masa depan’nya di akhirat sana…

Selamat tinggal 2010,

Selamat datang 2011

Tinggalkan segala keburukan, tingkatkan segala kebaikan.

Marilah kita mengenal tuhan, mencari matlmat kita dihidupkan.

Kerna kita semua akan dimatikan, janganlah mati DIMURKA TUHAN…

Tahun 2011,

Bakal membawa lebih banyak harapan, melenyapkan lebih banyak penantian. Semoga hidup sentiasa diredhai tuhan, berjaya dipermudahkan dalam setiap urusan. Amiiiiin….

Published in: on Januari 1, 2011 at 12:03 pm  Comments (4)  

Tumpang gembira!


Hari ini nak menulis tanpa idea dan tajuk khusus. Hanya mahu menulis kerana terlalu gembira dan teruja. Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang bersih dari segala bentuk persamaan atau bayangan, baru hari ini ku sedar perasaan dan kegembiraan seorang pendidik. Sungguh menggembirakan! \(^^,)/

Hari ini kuliah “Meet The Expert” bersama specialist Anak Sub-Bahagian Tumbuh Kembang (mungkin disebut Subdivision Growth & Development dalam Englishnya) berkisar tentang kanak-kanak. Sedang asyik mendengar taklimat dan curahan ilmu dari sang pakar bahagian kanak-kanak itu, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan SMS masuk.

“Rol sonok guru bsar sek seputeh 7org dpt 5a thn ni”

Terjemahan dari mesej tersebut (mungkin diperlukan akibat kekurangan noktah, koma mahupun tanda seru) :

“Rol, seronok guru besar sekolah seputeh. Tujuh orang dapat 5A tahun ini!!!”

“Wahhhhhhhhh!!!!!!!”, bisikku dalam hati. Takut kalau menjerit di luar hati nanti dipelangkung dengan kasut pula oleh Specialist yang sedang memberikan kuliah di hadapan.

Maka hatiku pun berbunga-bunga….

******

“Apalah kena mengena pelajar sekolah itu dengan dr.radzi ni sampai dia gembira sangat ye?”, kata pembaca yang sedang membaca sambil mengerutkan dahi mereka.

******

Kerana sekolah itulah sekolah pertama yang daku hadiri seorang diri memberikan motivasi di waktu cuti. (Oh, sungguh bosan cerita ini. Pedulikan~)

Sekolah tersebut adalah sekolah luar bandar yang tidak terkenal. Namun, kesungguhan guru besarnya yang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi murid-muridnya amat patut dicontohi. Beliau bahkan membenarkan seorang mahasiswa yang belum habis belajar untuk memberikan motivasi secara ‘tiba-tiba’ pada anak muridnya. Bermula dengan cadangan gurauan kepada mak, ianya lantas disampaikan kepada guru besar dan terus diizinkan.

“Anak akak nak buat motivasi kat budak-budak sekolah ni? Ha, eloklah tu. Saya panggil semua budak darjah 6 dengan budak darjah 5 sekali ye? Dalam sekitar 200 orang. Boleh tak kita buat sebelum puasa? Takut budak-budak ni ngantuk je kalau buat time puasa…”, balas guru besar setelah pelawaan dibuat oleh mak. Waktu itu dua minggu menjelang puasa. Program dibuat seminggu selepas pelawaan tersebut.

Dan hari ini, berita ini sangat menggembirakan!!!

Dengan semangat, kerendahan hati, dan kerajinan guru besar itu, saya yakin beliau telah menjemput ramai motivator dan mengadakan pelbagai kursus persediaan untuk anak muridnya menempuh ujian. Tapi saya turut merasakan tempias kejayaan. Entah mengapa, kegembiraan ini sungguh tidak tergambarkan!

“Dulu yang tak lulus nak dekat separuh. Tapi kalini yang dapat 4A 1B ramai, 3A 2B pun ramai. Yang tak lulus sedikit sahaja!”

“Alhamdulillah….Mak, cakap kat guru besar ucapan sebesar-besar tahniah!”, balasku ringkas. Termenungku seketika mengenangkan nasibku yang juga sedang belajar dan menempuh ujian. Mungkin tahapnya sudah berbeza tetapi situasinya tetap sama. Diuji untuk kehadapan, harus berjaya untuk meneruskan impian. Semoga kita semua berjaya menjadi insan berguna, berbakti mencipta saham buat kehidupan yang kekal ‘di sana’.

Kembali di ruangan kuliah, hati dan perasaan yang sedang gembira ditambah pula dengan cerita dan kata-kata doctor yang mengajar.

“Anak masa ini adalah generasi masa hadapan. Setiap yang berkahwin, berkeluarga pasti mahukan anak. Supaya dapat kita didik menjadi lebih baik dan hebat dari kita. Dan akhirnya dapat mengubah dunia!”

Waahhhhhh, sungguh inspiring~

(Ok, stop fikir pasal anak.)

p/s: Kepada adik-adik rakan-rakan yang mengikuti program pendidikan ketika BAKTI SISWA di kedah tahun lepas dan di Pahang tahun ini, sila tunaikan janji anda hubungi saya selepas anda berjaya mendapat keputusan SPM nanti. Kakak-kakak dan abang-abang fasi anda pasti turut gembira. Selamat berjaya!!!!

-Entry yang sangat tidak penting, tamat-

Assalamualaikum. (^^,)

Published in: on November 11, 2010 at 5:45 pm  Comments (4)  

TERUSKAN USAHA, JANGAN PUTUS ASA


Pernah suatu ketika itu, aku bersemangat untuk berubah.
Bersemangat untuk berjaya.
Bersemangat dan bercita-cita besar mahu menjadi hebat lagak sang juara.
Tetapi semangat itu sudah pudar warna, penat ku cari hilang entah ke mana.
Adakah kerana ujian ku semakin hampir tarikhnya?
Adakah kerana aku belum cukup bersedia?
Adakah kerana masa sudah terlalu suntuk untuk aku berusaha dan memerah tenaga?

Percaya, Berjaya

Kata dia,
SEMUA ORANG MAMPU BERJAYA,
SEKIRANYA PERCAYA DAN TERUS BERUSAHA.

Tapi
Sekarang dah tiada masa.
Peperiksaanku sudah tiba.
Aku sedar diriku siapa dan aku patut berhenti dari berusaha.
Dapat ala kadar pun tidak mengapa…

Wajarlah aku berputus asa…
Aku patut berputus asa…
Aku bodoh dan tak pernah berjaya, jadi usaha bagaimanapun takkan mampu berjaya.
KARUT!
Itu semua kepercayaan karut yang merendahkan diriku!
Aku tidak boleh berputus asa!
Tidak boleh!!!

PUTUS ASA bererti PUTUS HARAP.
Dan orang yang putus harap adalah orang yang tidak percaya kepada Tuhannya.
Tuhan yang maha agung, maha bijaksana, sentiasa mahukan hambanya BERHARAP kepadaNya. Tuhan tersenyum memandang hambaNya meminta padaNya. Tuhan gembira hambaNya berharap hanya padaNya. Tuhan terharu melihat airmata kita. Tuhan takkan kecewakan harapan kita…

Dengan HARAPAN muncul DOA.
Dengan DOA wujud KEPERCAYAAN.

Percaya bahawa semuanya MUSTAHIL dengan kehendak Tuhan.
Percaya bahawa semuanya dibawah kekuasaan Tuhan.
Percaya bahawa tuhan itu maha berkuasa untuk menolong hambanya yang BERUSAHA SEDAYA UPAYA.

Jadi aku tidak harus berputus asa.
Aku harus terus PERCAYA dan BERUSAHA.
Walaupun kadang-kadang diriku malas mengikut jadual belajarku yang sedia ada.

Poster impianku sudah merata.
Cita-cita dan kejayaanku sudah ku umumkan pada keluarga.
Kini tinggal aku terus berusaha.
Berusaha, berusaha dan terus berusaha.
Sampai aku berjaya mencapai cita-cita.

Selagi belum dicabut nyawa, selagi itu aku berusaha.
Untuk menjadi insan berjaya, membawa bangga nama agama.

Aku Cuma Manusia Biasa
Yang berusaha tanpa putus asa
Yang mampu berjaya dengan izinNya
Kerana ku ada YANG MAHA KUASA!!!

Published in: on September 17, 2010 at 2:20 am  Comments (8)